Domino’s Pizza tampil memeriahkan suasana ramadan dan hari raya dengan melancarkan menu istimewa inovasi terbaru, Piza Cheese Volcano Sate.

Piza yang ditawarkan untuk tempoh terhad ini menjadi hidangan tumpuan para tetamu di Majlis Iftar Bersama Domino’s yang berlangsung di RUANG, Shah Alam baru baru ini.

Majlis iftar ini diadakan bagi meraikan segenap lapisan masyarakat seperti para petugas barisan hadapan yang berdedikasi, wira-wira yang tidak didendang, kanak-kanak dari rumah anak yatim, persatuan ibu tunggal serta pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Dalam majlis ini, para tetamu yang hadir berpeluang menjadi antara yang pertama untuk merasai menu inovasi baharu dari Domino’s Pizza.

Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Domino’s Pizza, Linda Hassan berkata. pihaknya amat gembira dan bersyukur dapat berkongsi rezeki berbuka puasa bersama semua tetamu yang hadir di Majlis Iftar Bersama Domino’s.

“Produk terbaru ini merupakan ganjaran ekslusif bagi tetamu kerana mereka antara yang paling awal untuk merasai kelazatannya bersempena dengan pelancaran di semua cawangan kami pada hari yang sama”.

“Sesungguhnya kami berbangga dengan kejayaan besar pelancaran Cheese Volcano baru-baru ini dan ingin meneruskan kejayaan tersebut dengan Piza Cheese Volcano Sate”, tambahnya.

Diinovasikan daripada makanan kegemaran rakyat Malaysia, piza ini ditaburi dengan ketulan ayam atau daging yang diperap dengan rempah dan herba dan dibakar sempurna.

Setiap suapan dipenuhi dengan rasa kuah sate dan rasa pedas manis dari kacang tanah yang dipanggang. Piza ini juga dihiasi dengan bawang merah segar, timun jepun rangup dan cili merah masam-masam manis bagi menambah kelazatan pada rasanya.

Mereka yang meminati Cheese Volcano boleh mencuba Piza Cheese Volcano Sate Ayam atau daging yang didatangkan bersama sos keju cair yang diperbuat daripada gabungan keju istimewa dan keju cheddar.

Piza Cheese Volcano Sate ini boleh didapati dalam size regular (biasa) dan juga pilihan Cheese Volcano. Bagi Cheese Volcano, piza ini boleh disediakan dalam saiz large (besar) dan Xtra Large (ekstra besar). Tawaran diskaun sebanyak 50% juga boleh didapati pada setiap hari sepanjang minggu.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini