ZENSO, jenama pelangsingan badan terkemuka, sangat teruja untuk mengumumkan kerjasamanya dengan pelakon Melayu ternama tanah air, Diana Danielle sebagai Rakan ZENSO.
Kerjasama yang menarik ini bertepatan dengan pelancaran produk berperisa baharu ZENSO, KURO DAITTO Matcha yang dihasilkan menggunakan serbuk matcha premium Niko Neko.
Diana Danielle menerajui kempen Zenso Cafe yang berlangsung dari 21 Mac hingga 30 April 2024 di Elephant Resort Cafe, One Utama, dengan slogan “Let’s ZEN-SO Confident with Diana Danielle!”
Mesej ini sangat bermakna bagi Diana, yang sentiasa menyokong ”body positivity” dan mencapai bentuk tubuh badan yang sihat dan cergas. Melalui platform media sosialnya, Diana berhasrat untuk memperkasakan individu tanpa mengira umur atau kerjaya dalam berusaha untuk menambahkan keyakinan diri.
Sebagai ibu dan wanita berkerjaya yang sibuk, Diana memahami cabaran yang dihadapi oleh kalangan wanita dalam pengurusan berat badan. Kerjasama yang terjalin antara ZENSO dan Diana dianggap bagai bulan jatuh ke riba kerana tepat dengan jadualnya yang ingin mendapatkan bentuk tubuh badan yang langsing demi projek penggambaran terbarunya dan di dalam bulan Ramadan.
Selepas mencuba produk ZENSO selama dua minggu, Diana berjaya menurunkan berat badan sebanyak 3-4kg dan bercadang untuk meneruskan penggunaan produk ke dalam rutin harian bagi mengekalkan kelangsingan tubuh dan juga mengelakkan berat dari bertambah semula.
Diana berjaya menggunakan pelbagai produk ZENSO di dalam rutin kehidupan hariannya,
termasuk KURO SHUGA, KURO OIRU, KURO DAITTO dan KURO MIZU. Beliau menyukai
pendekatan komprehensif ZENSO, termasuk aplikasi pelangsingan yang boleh disesuaikan
mengikut individu dan akses kepada pakar pemakanan yang mana telah memudahkan
perjalanan penurunan berat badannya.