Produk CeraVe kini kian mendapat tempat di hati wanita, tidak pelajar universiti, wanita bekerjaya mahupun suri rumah, rata-rata ramai yang berpuas hati menggunakan produk ini.
CeraVe mempunyai pelbagai jenis produk untuk kegunaan harian dan kecantikan wanita masa kini, mengandungi bahan terbaik semestinya sesuai untuk semua jenis kulit.
CeraVe diperkenalkan pada tahun 2005 untuk menangani masalah dermatologi kulit yang sering berasal daripada penurunan kadar ceramide dalam kulit. Masalah ini turut menyebabkan penghalang kulit terganggu seterusnya mengakibatkan masalah kulit seperti dehidrasi kulit, kekeringan, dan kerengsaan.
Berdasarkan pemahaman saintifik ini, satu panel pakar dermatologi bertauliah telah memformulasikan CeraVe dengan ceramide yang sama dengan kulit manusia (Ceramide 1,3 dan 6-II), asid lemak dan lipid lain, dan disalurkan secara berkesan melalui MultiVescular Emulsion Technology (MVE).
Teknologi inovasi MVE ini bukan sahaja dapat memulihkan fungsi penghalang kulit, malah juga memberikan kelembapan berpanjangan serta mengekalkan kulit yang sihat dan selesa dengan satu kali aplikasi sahaja.
Pengurus Besar L’Oreal Malaysia Dermatological Beauty, Ashlee Ng berkata, pihaknya menekankan kepentingan aksesibiliti kepada produk-produk yang disyorkan oleh pakar dermatologi.
“Dengan hanya satu pakar dermatologi untuk setiap 241,000 orang di Malaysia, ramai individu tidak mempunyai akses kepada cadangan penjagaan kulit profesional. Dikenali secara global kerana keberkesanannya dalam mengembalikan penghalang kulit semulajadi, CeraVe menyasarkan untuk merapatkan jurang akses ini kepada rakyat Malaysia.”
“Berbanding dengan pelembap dengan formulasi pelepasan tunggal yang lazim, Teknologi MVE unik CeraVe dapat menyalurkan dan melepaskan ceramides yang penting sepanjang hari selepas hanya satu aplikasi lantas dapat memberikan penghidratan berpanjangan. Ini membantu memastikan kulit sentiasa lembap serta memastikan kesihatan kulit meningkat.
“Kami komited dalam meluaskan rangkaian produk penjagaan kulit dicipta khas seperti CeraVe di Malaysia, di samping memperkasa seseorang individu dengan pengetahuan menjaga kulit, yang akan menyumbang kepada peningkatan kesihatan kulit untuk lebih ramai orang” katanya.
Formulasi CERAmides dengan teknologi MVE telah membawa kepada penciptaan CERAVE, yang mampu dimiliki, mudah diakses dan memberi penjagaan kulit terapeutik untuk semua.
Produk utama CeraVe yang diperkenalkan di Malaysia adalah:
- Krim Pelembap – Sesuai untuk pengguna yang mempunyai kulit kering sehinggalah kulit yang sangat kering, krim pelembap CeraVe ini memberikan penghidratan selama 48 jam.
- Losyen Pelembap – Sesuai untuk pengguna yang mempunyai kulit normal atau kering, formulasi bebas minyak CeraVe yang ringan ini memberikan penghidratan selama 24 jam.
- Pembersih Berbuih – Pembersih berbuih lembut CeraVE menanggalkan kotoran, minyak, dan solekan tanpa menjadikan kulit terasa tegang atau kering.
- Pembersih Hidrasi – Pembersih hidrasi CeraVE membersih secara mendalam, menanggalkan minyak berlebihan dan menyegarkan kulit tanpa mengganggu penghalang semulajadi kulit.
- Losyen Pelembap Muka AM – Losyen Pelembap SPF 30 dengan spektrum luas CeraVe memberikan penghidratan berterusan dan pelindungan harian terhadap kerosakan UV.
- Losyen Pelembap Muka PM – Menghidrasi, mereda dan melegakan kulit sambil melindungi penghalang semulajadi kulit.