Dalam dunia di mana kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita menjadi tumpuan utama, pertandingan Ratu Cantik Miss Secretary Malaysia 2024 muncul sebagai platform yang mampu untuk meraikan dan menaikkan semangat wira-wira dunia korporat yang sering tidak didendang iaitu para setiausaha dan pembantu peribadi.
Dengan kejayaan melepasi batasan pencapaian tangga koporat tertinggi dan memecahkan
stereotaip anti-wanita, golongan wanita moden masa kini telah membuktikan keberanian
mereka merentasi semua peringkat kehidupan.
Peranan setiausaha dan pembantu peribadi kekal penting sebagai penyumbang kepada kejayaan korporat. Tidak ramai mengetahui peranan wirawati-wirawati yang tidak didendang ini dalam mengharungi pelbagai cabaran memikul tanggungjawab mereka seperti melakukan pelbagai tugas harian, memikul diplomasi korporat dan meningkatkan kecekapan pengurusan serta menjadi tulang belakang organisasi di seluruh dunia.
Bertemakan “Perpaduan dalam Kepelbagaian: Memperkasakan Wanita dalam Dunia Korporat”, pertandingan itu meraikan kepelbagaian budaya Malaysia sambil mengetengahkan peranan penting wanita dalam memupuk perpaduan, inovasi dan
kemajuan dalam persekitaran korporat.
Pertandingan Ratu Cantik ini yang dijadualkan berlangsung di Havana Dining yang terletak
di atas tingkat teratas (rooftop) Kompleks NuSentral Mall di KL Sentral bakal menjadi
platform untuk kemajuan peribadi dan profesional golongan wanita.
“Pertandingan Ratu Cantik Miss Secretary Malaysia 2024 bukanlah sekadar satu pertandingan ratu cantik am, bahkan ia adalah platform untuk memperkasa, menyuntik inspirasi, dan meraikan pencapaian wanita dalam dunia korporat,” kata Cik Rosalinda Busrah, seorang bekas Ratu Cantik di Malaysia dan juga wakil RosaRiusCita yang menguruskan pertandingan ini.
“Melalui bimbingan, bengkel pembangunan profesional, dan inisiatif penglibatan komuniti, kami berhasrat untuk memupuk generasi baharu pemimpin wanita yang mampu memacu
perubahan positif dalam organisasi dan komuniti mereka,” katanya dalam kenyataan.
Pendaftaran untuk Miss Secretary Malaysia 2024 kini dibuka sehingga Sabtu, 31 Mac 2024.
Individu yang berminat dan kini bekerja sebagai setiausaha atau pembantu peribadi di mana-mana organisasi, berumur 25 tahun ke atas adalah dipelawa untuk memohon.
Proses pendaftaran memerlukan para pemohon untuk menghantar satu video ringkas biodata diri, lima gambar digital yang mempamerkan pemohon menggayakan pelbagai fesyen pakaian, dan butiran peribadi.
Acara separuh akhir dijadualkan akan berlangsung selama sehari merangkumi bengkel
petua kecantikan, sesi bimbingan, ceramah motivasi, dan penghargaan, di mana peserta
akan menerima sijil penyertaan dan baucar spa atau alat solek percuma bernilai RM500.
Para peserta yang terpilih ke Peringkat Separuh Akhir akan menyertai acara tersebut pada
Sabtu, 20 April 2024, di HRC SkyLounge yangterletak di tingkat teratas (rooftop) NuSentral
Mall di KL Sentral. Pada acara ini, seramai 15 finalis akan dipilih untuk mara ke peringkat
akhir yang dijadualkan berlangsung pada 28 April 2024, di Havana Dining NuSentral Mall.