Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, mengambil langkah untuk meningkatkan pemenuhan dan perkhidmatan logistik e-dagang melalui Pos Fulfill.

Perkhidmatan pemenuhan bersepadu sepenuhnya ini direka untuk menyediakan pergudangan dan pemenuhan pesanan yang lancar bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi sektor perniagaan-ke-perniagaan (B2B) dan perniagaan-ke-pengguna (B2C).

“Pos Fulfill merupakan salah satu peristiwa penting dalam perjalanan kami untuk meningkatkan keupayaan kami dan memenuhi keperluan perniagaan yang berkembang dalam era e-dagang.

“Dengan rangkaian kami yang luas, kemudahan canggih dan pasukan yang berdedikasi, kami yakin Pos Fulfill akan mampu menyediakan liputan komprehensif yang tiada tandingan di seluruh Malaysia sebagai pemenuhan perkhidmatan B2B dan B2C,” kata Sumesh Rahavendra, Ketua Pegawai Transformasi & Digital Kumpulan Pos Malaysia.

Pos Fulfill menawarkan rangkaian kemudahan luas yang ditempatkan di lokasi strategik,
termasuk tiga hab pusat dan lapan hab serantau. Ia dilengkapi dengan lebih 200,000 kaki persegi ruang Gudang di Shah Alam, Bukit Raja, Kota Kinabalu dan Kuching.

Gudang ini ditempatkan bersama dengan perkhidmatan ‘last mile’ (penghantaran terakhir) dan disokong oleh ‘daily line haul’ dan ‘back haul’ dari pusat ke tapak serantau. Dengan memanfaatkan teknologi maju dan kebolehlihatan sistem, Pos Fulfill memastikan produk pelanggan disimpan dengan selamat dan teratur, dihantar tepat pada waktunya untuk memenuhi keperluan pasaran yang mencabar.

Pos Fulfill telah beroperasi sejak penubuhannya pada tahun 2022. Ini ternyata menunjukkan komitmen Pos Malaysia terhadap inovasi dan sentiasa memastikan kepuasan pelanggan dicapai.

Pos Fulfill bersedia untuk merevolusikan cara perniagaan mendekati pemenuhan dan logistik e-dagang, melalui rangkaian strategik yang sedia ada, kemudahan moden dan tawaran perkhidmatan yang pelbagai.

Pasukan operasi berkemahiran tinggi di Pos Fulfill membawa purata lebih kurang 11 tahun
pengalaman di dalam logistik kontrak multinasional, manakala pasukan dedikasi jualan dan
penyelesaian menawarkan kepakaran operasi dan penetapan harga yang tiada tandingan.

Perkhidmatan ini dikuasakan oleh Sistem Pengurusan Gudang (WMS) termaju yang direka untuk menyelaraskan operasi B2B dan B2C, bersepadukan dengan lancar oleh Perancangan Sumber Perusahaan (ERP) dan Sistem Pengurusan Pesanan (OMS) untuk pasaran.

Selain itu, sistem penghantaran terakhir Track & Trace Pos Fulfill menyediakan keterlihatan hujung ke hujung, memastikan ketelusan yang lengkap bagi ketenteraman pelanggan.

Pos Malaysia berhasrat untuk memperoleh pelbagai sektor perniagaan untuk Pos Fulfill,
termasuk automotif, FMCG & MLM, runcit & makanan, IT & telekom, kasut & pakaian, fesyen & kemewahan, kosmetik, penjagaan kesihatan & farmasi, elektrik & elektronik, dan kerajaan/ GLC.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini