Walaupun masalah kelemumur tidak menjejaskan kesihatan seseorang, ia boleh menimbulkan rasa malu dan kurang keyakinan diri ketika berada di khalayak.

Kelemumur berlaku apabila kulit kepala terlalu kering atau berminyak dan mengakibatkan penghasilan kulit mati yang terlalu banyak.

Rangkaian profesional penjagaan dan rawatan kulit kepala, Selsun Blue baru -baru ini melancarkan produk inovasi terbaru iaitu Syampu Kawalan Minyak, Anti-kelemumur serta Penjagaan kulit kepala.

Syampu inovasi terbaru ini menampilkan formula dwi kuasa menggabungkan formula Selenium Sulfide dan Piroctone Olamine yang dipercayai berkesan dalam menangani masalah kelemumur dan rambut berminyak.

Pengurus Besar Rohto-Mentholatum Malaysia, Lim Mei Yuen berkata, Selsun Blue amat memahami keperluan pengguna dan komited untuk memberi sokongan ke arah penjagaan rambut dan kulit kepala pada tahap yang lebih optimum.

“Dengan Syampu Kawalan Minyak Terkini kami, individu kini boleh mengambil langkah yang lebih baik dalam menangani kelemumur yang tidak diingini, di samping mendapat manfaat daripada formula terkini yang bukan sahaja menghapuskan kelemumur secara efektif tetapi juga meningkatkan kesihatan kulit kepala secara keseluruhannya.” katanya.

Diperkaya dengan ekstrak madu, asid amino dan asid hyaluronik ia mampu mengekalkan kelembutan dan kelembapan rambut pengguna. Menariknya lagi, syampu ini juga memberi haruman yang tahan lama dan menghalang penghasilan minyak berlebihan pada kulit kepala.

Syampu Kawalan Minyak, Anti-Kelemumur dan Penjagaan Kulit Kepala, Selsun Blue yang baru ini boleh didapati di semua rangkaian kedai runcit terkemuka termasuk Watsons, Shopee, Lazada dan tiktok dalam dua saiz berharga RM46 bagi 200ml dan RM33 bagi 120ml.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini