Dato’ Dr Mustapha Ahmad Marican yang juga Profesor Adjung Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerima watikah perlantikan Kolonel Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dari Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di ibu pejabat APM di Kajang, semalam.
Dr Mustapha adalah Tokoh NGO Antarabangsa dan banyak berjasa kepada masyarakat dan negara serta pernah menerima Anugerah Utama Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2020 dan pelbagai lagi anugerah dalam dan luar negara.
Beliau juga aktif memberi ceramah kesukarelawan, motivasi dan integriti kepada graduan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan persatuan-persatuan belia serta agensi kerajaan.
Turut hadir Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk KPj. (PA) Aminurrahim Mohamed.