BMW Motorrad Malaysia akan memperkenalkan jentera terbaharu dalam barisan model Heritagenya yang ikonik, BMW R 18 Roctane, semasa pameran BMW Premium Selection (BPS), yang akan berlangsung dari 1 hingga 3 Mac di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Merupakan edisi kelima dalam rangkaian R 18, BMW R 18 Roctane memperlihatkan
gabungan segar elemen reka bentuk klasik dan teknologi penunggangan kontemporari yang dipertingkatkan, untuk memberikan pengalaman penunggangan santai yang unik dan bergaya.

Keistimewaan utama BMW R 18 Roctane terletak pada enjin boxer silinder berkembar empat lejang yang disejukkan dengan udara, enjin boxer terbesar dalam barisan model Heritage, yang juga dikenali sebagai ‘big boxer’.

Dengan kapasiti enjin berkuasa 1,802 cc, enjin ini juga merupakan enjin boxer dua silinder paling berkuasa pernah dihasilkan dalam barisan model Heritage BMW Motorrad yang mengagumkan, memberikan output 67 kW (91HP) pada 4,750 rpm dan tork puncak
150 Nm.

Anggaran harga untuk BMW R 18 Roctane baharu adalah:

BMW R 18 Roctane Baharu RM 160,000 [Anggaran]

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini