Pengerusi NGO Antarabangsa Dato Dr Mustapha Ahmad Marican dilantik semula sebagai Profesor Adjung Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk tempoh selama 2 tahun.
Naib Canselor UMT Profesor Dr Mazlan Abd Ghaffar berkata, pelantikan semula Dato Dr Mustapha kerana kepakaran dan pengalaman beliau dapat menyumbang kepada UMT khususnya pusat pendidikan asas dan lanjutan UMT.
“Kita percaya Dr Mustapha dapat memberi sumbangan terbaik bagi kepentingan universiti, masyarakat dan negara bersandarkan pengalaman berharga di miliki oleh beliau,” katanya ketika menyerahkan surat pelantikan pada 19 Februari lalu di UMT, di sini.
Sementara itu, Dr Mustapha Ahmad Marican mengucapkan perhargaan kepada Naib Canselor, Ahli-ahli Senat UMT serta Dekan pusat pendidikan asas dan lanjutan PPAL,
Profesor Dr Asyraf Abd Rahman dan Borhanuddin Mohd Yusof, Pengarah Pusat Kokurikulum dan Citra Pelajar.
Dato Dr Mustapha dilantik professor Adjung UMT pada tahun 2021 dan tamat pada 2023. Mustapha banyak membantu UMT dalam bidang kokurikulum Universiti dan motivasi kepada para graduan dengan kerjasama Unit Intergiti UMT dan juga Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan UMT.
Pengalaman Mustapha selama 33 tahun dalam perkhidmatan Awam dan Tentera serta 24 tahun dalam NGO Antarabangsa serta menerima pelbagai anugerah peringkat Antarabangsa membolehkan beliau diangkat sebagai Profesor Adjung kerana jasa dan pengorbanan beliau begitu besar kepada masyarakat dan negara.
Atas sumbangan besar beliau dalam kesukarelawan khususnya peringkat antarabangsa pihak universiti berpendapat segala pengalaman dan pengetahuan beliau boleh menyumbang kepada kepentingan UMT.