Sempena meraikan pelancaran penerbangan pertama AirAsia X (AAX) ke Almaty, Kazakhstan akan datang pada 14 Mac 2024, syarikat penerbangan ini menawarkan tawaran menakjubkan ke Almaty dengan tambang promosi bermula RM88 termasuk semua* sehala.

Jualan terhad ini bermula pada hari ini pada 16 Februari 2024 dari jam 10:00 pagi hingga jam 6:00 petang (waktu Malaysia) selama lapan jam secara eksklusif tertakluk untuk tempahan awal dan ketersediaan tempat duduk.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata: “Kami berbesar hati untuk menawarkan tambang menakjubkan ini ke Almaty kepada pengembara untuk menerokai bandar yang kaya dengan peninggalan warisan sejarah, landskap mempesonakan, dan kepelbagaian budaya.

Kazakhstan merupakan destinasi baharu AAX yang mendapat sambutan mengagumkan dan jualan promosi ini membuktikan komitmen kami untuk menawarkan perjalanan lebih lancar dan berpatutan kepada para tetamu, termasuk ke destinasi-destinasi menarik seperti Almaty.

“Kami menjangka permintaan tinggi khususnya daripada golongan pelajar dari Almaty, atau pengembara yang ingin melawat Kuala Lumpur dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama. Kami akan terus mengembangkan rangkaian dan menawarkan perkhidmatan terbaik supaya lebih ramai pengembara dapat melancong dengan tambang menakjubkan pada masa akan datang.”

Tambang promosi kini boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Oktober 2024.

Almaty terletak di kawasan pergunungan Trans-Ili Alatau merupakan destinasi unik antara dunia moden dan tradisional serta menawarkan pengalaman pelancongan baharu.

Selain pelbagai pusat dan bangunan unik, keindahan alam semula jadi dan kulinari melazatkan, Almaty menawarkan tarikan menakjubkan seperti Zenkov Cathedral, arena ski di kawasan pergunungan dan banyak lagi untuk semua.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini