RHB Islamic Bank Berhad (RHB Islamic Bank) melalui Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad, Dato’ Adissadikin Ali telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki di pejabat beliau.

Kunjungan hormat ini adalah bersempena dengan kerjasama yang dijalin diantara RHB Islamic Bank dengan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) di bawah Program “B40 Education Empowerment Programme” (BEEP).

Perjumpaan ini menyaksikan penyerahan replika cek berjumlah RM1 juta oleh Dato’ Adissadikin Ali untuk Program “B40 Education Empowerment Programme 2023 – 2025” kepada Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Faisalludin Mohamat Yusuff dan disaksikan oleh Dr. Asyraf Wajdi.

Di bawah Program BEEP, RHB Islamic Bank menyasarkan untuk menaja sehingga RM1 juta dari dana zakat wakalah bagi program-program YPM untuk tempoh tiga tahun untuk tahun 2023-2025.

Program Kerjasama RHB Islamic Bank dan YPM ini merupakan inisiatif Rakan Strategik dan YPM dalam memberi ruang dan peluang kepada pelajar dari segmen B40 untuk mendapatkan akses bimbingan secara percuma serta pendedahan akademik melalui beberapa program yang disediakan di beberapa lokasi terpilih di seluruh negara.

Kerjasama ini juga akan memanfaatkan seramai lebih daripada 2,500 pelajar dari segmen B40 bagi membantu para pelajar dalam bidang pelajaran untuk mencapai kecemerlangan menerusi program-program yang dilaksanakan dibawah Program BEEP hasil kerjasama YPM dan RHB Islamic Bank.

Dato’ Adissadikin Ali, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic berkata, “Program-program kendalian Yayasan Pelajaran MARA (YPM) ini adalah satu usaha murni dan berimpak tinggi.

Oleh sebab itu, kami di RHB Islamic Bank mengalu-alukan hubungan strategik bersama YPM dalam usaha memperhebat aspek pendidikan dan pelajaran untuk manfaat para pelajar dari segmen B40 dan asnaf.”

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini