Aplikasi tempahan perjalanan terbaik Asia, AirAsia MOVE (dahulunya airasia Superapp) telah bekerjasama dengan Coras, platform pengedaran tiket global yang terkemuka untuk memperkenalkan MOVETIX, platform tiket serba baharu dan inovatif yang menawarkan lebih 10,000 acara dan aktiviti global yang dilengkapi dengan penerbangan, hotel, perkhidmatan e-hailing melalui satu aplikasi mudah.
MOVETIX diterajui oleh Hassan Choudhury, seorang profesional berpengalaman dalam industri hiburan yang akan meneruskan peranannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif RedRecords, sebuah usaha sama antara AirAsia dan Universal Music.
Platform MOVETIX di aplikasi AirAsia MOVE (dahulunya airasia Superapp) dikuasakan oleh Coras, yang mempunyai rangkaian rakan kongsinya termasuk Ryanair, Pegasus, Frontier dan banyak lagi. Klik di sini untuk butiran lanjut.
Untuk memulakan pelancaran ini, StarHub dan World Football Legends telah mengumumkan MOVETIX sebagai rakan kongsi tiket rasmi Festival Bola Sepak StarHub yang akan datang pada 20 – 21 April 2024 di Our Tampines Hub, Singapura.
Festival dua hari itu turut menampilkan perlawanan yang menampilkan legenda Liga Perdana Inggeris dan legenda Singapura seperti David James, Dwight Yorke, Teddy Sheringham dan banyak lagi.
Sebagai rakan kongsi tiket rasmi untuk acara tersebut, mereka yang berminat boleh membeli tiket mereka pada harga SGD60 setiap satu untuk tiket dewasa, SGD30 untuk warga emas (umur 60 tahun ke atas) dan kanak-kanak (bawah umur 12 tahun), dan pakej keluarga dengan harga SGD150, yang meliputi kemasukan untuk dua kanak-kanak dan dua dewasa secara eksklusif di airasia Superapp dari 30 Januari 2024 hingga 4 Februari 2024.
Sebahagian daripada jualan tiket akan disumbangkan kepada Persatuan Disleksia dan HCA Hospice Care, yang menyumbang kepada kerja komuniti mereka yang tidak ternilai.