Maybank Islamic Berhad baru-baru ini melancarkan penyelesaian pembiayaan portfolio patuh Syariah, menjadikannya institusi perbankan Islam tempatan pertama di negara ini yang berbuat demikian.

Ini sekaligus menambah kepada pelbagai tawaran Maybank Islamic untuk penciptaan dan pengumpulan kekayaan di bawah Pengurusan Kekayaan Patuh Syariah (Islamic Wealth Management atau IWM) Kumpulan Maybank yang menguruskan kira-kira RM184.7 bilion aset di bawah pengurusan (AUM) yang mana 46% atau RM84.2 bilion disumbangkan daripada portfolio patuh Syariah, akan terus membantu pelanggan di dalam pengurusan kekayaan untuk lebih eksklusif dan komprehensif berdasarkan matlamat kewangan dan profil risiko khusus para pelanggan.

Penasihat kewangan dan pakar pengurus kekayaan Kumpulan Maybank yang berpengalaman akan memainkan peranan mereka untuk memberi nasihat dan bimbingan profesional kepada pelanggan sepanjang perjalanan pelaburan mereka, menawarkan pandangan berharga, analisis pasaran dan cadangan untuk membantu pelanggan membuat keputusan pelaburan termaklum.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Dato’ Mohamed Rafique Merican berkata teras
penyelesaian pengurusan kekayaan patuh Syariah Maybank Islamic ialah elemen-elemen
etika dan penciptaan nilai untuk pelanggan yang cenderung kepada pelaburan alternatif dan yang mampan.

Bagi tujuan ini, beliau berkata Maybank Islamic akan terus membangunkan solusi baharu
untuk memenuhi keperluan pelanggan yang mengutamakan tawaran patuh Syariah, tanpa
mengira kepercayaan agama mereka.

Berdasarkan permintaan yang semakin kukuh untuk pengurusan kekayaan patuh Syariah,
Kumpulan Maybank tahun lepas telah melancarkan Pengurusan Kekayaan Syariah di
Indonesia dan hab Pengurusan Kekayaan Islam Global di Singapura.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini