Berita baik buat penggemar roti, Sunshine Bread melancarkan Roti Susu Hokkaido Sunshine yang dinanti-nantikan, produk terbaharu yang kaya dengan aroma susu dan rasa berkrim, ditambah dengan teksturnya yang lembut serta gebu, memang sesuai untuk seisi keluarga!
Roti Susu Hokkaido Sunshine diperbuat menggunakan susu Hokkaido premium daripada lembu yang diberi makanan bernutrisi, dan hanya diperah susunya pada usia matang, untuk mendapatkan susu penuh berkrim yang digemari ramai.
Roti Susu Hokkaido Sunshine ini bukan sahaja lazat malah berkhasiat!
Roti Susu Hokkaido Sunshine tinggi dengan kalsium, protein, vitamin B1 dan merupakan sumber zat besi yang baik. Menariknya, dua keping Roti Susu Hokkaido mengandungi kalsium bersamaan satu gelas susu (250ml), merupakan tambahan penting dalam diet yang membantu dalam menguatkan tulang dan gigi.
Roti Susu Hokkaido diiktiraf Halal oleh JAKIM dan mempunyai 0% lemak trans serta 0% pewarna tiruan, menjadikannya pilihan roti yang lebih sihat buat seisi keluarga.
Selain itu, Sunshine Bakeries juga menawarkan beberapa lagi pilihan roti buku yang lebih sihat seperti Roti Mil Penuh 100% Australian Oat, Roti Dengan Germa Gandum dan Bran, Roti Putih Soft White, dan Roti Pandan Homestyle, yang dihasilkan dengan penuh teliti serta padat dengan 100% kebaikan untuk anda dan seisi keluarga.
Di samping roti buku Sunshine, terdapat juga rangkaian roti berkrim berperisa untuk kemudahan dan nutrisi segera. Antara perisa yang ditawarkan adalah Mentega Gula, Biskut & Krim, Krim Vanila, Coklat Hazelnut, dan siri SIGNATURE baharu Coklat Belgian serta Krim Keju & Susu Hokkaido yang diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti terbaik yang diperolehi dari seluruh dunia.
Roti Susu Hokkaido Sunshine dijual pada harga RM4.50 setiap pek 300g. Mulai hari ini, penduduk Lembah Klang dan Negeri Sembilan boleh mendapatkan Roti Susu Hokkaido Sunshine di pasar raya, kedai serbaneka dan kedai Petrol utama termasuk AEON, AEON Big, BHPetromart, Giant, Lotus’s, myNEWS, Petron Treats, Panda Mart dan Shell Select terpilih di Negeri Sembilan serta Lembah Klang.