AirAsia terus mengembangkan rangkaiannya dengan melancarkan laluan baharu dari Kuala Lumpur ke Ahmedabad, Bandar Warisan Dunia UNESCO pertama di India.
Laluan baharu ini akan mula beroperasi pada 1 Mei 2024 dan akan meningkatkan rangkaian syarikat penerbangan ini ke India sebanyak 11 laluan ke negara itu. Laluan ini juga merupakan laluan baharu ketiga yang diumumkan pada tahun 2024.
Pelancaran laluan ini juga menghubungkan AirAsia ke negeri Gujarat buat pertama kali dari Malaysia, seterusnya memperkukuh kedudukannya di Asia Selatan.
Ahmedabad yang juga dikenali sebagai Amdavad ialah sebuah bandar pesat dan merupakan salah satu pusat tekstil kapas terbesar di India. Ia juga menawarkan pemandangan dengan keindahan tasik, keunikan seni bina kuil, reka bentuk masjid yang mengagumkan dan pelbagai tarikan menarik. Para pelawat juga boleh mengunjungi bandar ini untuk melihat senibina purba pada abad ke-15 di bawah pemerintahan Sultan Ahmad Shah dengan lebih dekat. Selain itu, ia menawarkan pelbagai juadah dan menawarkan barangan perhiasan.
Bagi meraikan pelancaran laluan baharu ini, AirAsia menawarkan tambang promosi termasuk semua bermula RM209* sehala dari Kuala Lumpur dan bermula INR7,999* dari Ahmedabad ke Kuala Lumpur. Tambang promosi ini boleh dibuat bermula hari ini hingga 28 Januari 2024 untuk tempoh perjalanan antara 1 Mei 2024 dan 19 Mac 2025 di aplikasi airasia Superapp atau di laman web.