Sunfert International Fertility Centre Merupakan Hab Onkofertiliti Swasta Pertama di Malaysia
Rawatan kesuburan telah berevolusi seiring dengan kemajuan semasa demi memastikan kejayaan yang diimpikan. Seperti yang diketahui, Malaysia turut menjadi salah satu destinasi rawatan kesuburan yang terkenal diseanterio dunia bagi mendapatkan rawatan untuk menimbang cahaya mata.
Selain itu, rangkuman rawatan kesuburan juga telah berkembang seiring dengan keperluan. Bukan sahaja dikalangan pesakit biasa, kini, pesakit kanser juga boleh mengunapakai rawatan kesuburan bagi memastikan kesuburan mereka terpelihara semasa mendapat rawatan kanser – kemoterapi dan radioterapi.
Dengan permulaan perkhimatan Sejuk-Beku Tisu Ovari (Ovarian Tissue Cryopreservation – OTC), pesakit kanser wanita bakal berpeluang untuk mengekalkan kesuburan mereka dengan lebih optimum. Di Malaysia, Pusat Kesuburan – Sunfert International Fertility Centre (Sunfert) merupakan pusat kesuburan swasta pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan inovatif ini.
Pengasas dan Pengarah Sunfert Group, Dr Wong Pak Seng, berkata, “Sejuk-Beku Tisu Ovari” adalah satu teknik baharu yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesuburan dalam kalangan pesakit kanser wanita.
Dengan menjaga keupayaan mereka untuk mempunyai zuriat di masa hadapan, wanita dan pesakit muda berpeluang untuk memenuhi impian berkeluarga apabila mereka sudah bersedia.
Di Sunfert, kita boleh membantu menjadikan impian bergelar ibu bapa satu kenyataan, meskipun berhadapan dengan cabaran perubatan – iaitu rawatan kanser.”
Untuk pengetahuan umum, prosedur OTC telah diperkenalkan di Denmark dan Eropah lebih 25 tahun lalu. Teknik inovatif ini melibatkan pembekuan lapisan kortek – selaput ovari yang mengandungi telur wanita.
Kaedah laparoskopik digunapakai bagi mengeluarkan ovari dan seterusnya diproses di makmal kesuburan. Antara kelebihan teknik ini, ialah tiada ubat-ubatan diperlukan dan tidak mejejaskan masa untuk meneruskan rawatan kemoterapi atau radioterapi.
Ini kerana, proses ini hanya dilakukan selama satu atau dua hari sebelum rawatan kanser dijalankan. Justeru, tiada kesan sampingan atau komplikasi dan rawatan kanser tidak akan tergendala.
Setelah diproses, tisu ovari dibekukan di dalam peranti titanium khusus dan disimpan di dalam tangki pembekuan krio pada suhu -190 darjah Celsius selama 10-20 tahun. Apabila pesakit sudah bebas daripada kanser dan bersedia untuk membina keluarga, tisu berkenaan boleh dipindahkan semula ke tubuh pesakit untuk diaktifkan bagi tujuan kesuburan ataupun sokongan hormone wanita.

Pakar Kesuburan Sunfert, Prof Madya Dr Mohd Faizal Ahmad, menekankan bahawa OTC sangat sesuai untuk kanak-kanak perempuan sebelum akil baligh yang mungkin penghidap kanser memandangkan mereka kebiasaannya kekurangan telur matang yang sesuai untuk pembekuan.
“OTC juga merupakan pilihan baik untuk wanita yang berada dalam tahun reproduktif mereka yang tiba-tiba disahkan menghidap kanser dan perlu memulakan rawatan kemoterapi atau radioterapi dengan segera. Dibandingkan dengan kaedah alternatif seperti pembekuan embrio dan telur, OTC menawarkan prosedur kurang invasif dan masa yang lebih efisien.
Prosedur ini membolehkan pesakit kanser wanita mengekalkan kesuburan mereka dan mempunyai harapan untuk memiliki zuriat di masa hadapan.”
Pemeliharaan kesuburan merupakan pertimbangan penting untuk pesakit kanser terutama mereka yang berada dalam kumpulan usia minoriti di bawah 18 tahun memandangkan kanser boleh memberi kesan negatif terhadap tahap kesuburan mereka walaupun teknologi rawatan membolehkan kanser dirawat dengan baik.
“Kesedaran awal sememangnya penting kerana kanser dalam kalangan kanak-kanak menunjukkan kadar kelangsungan hidup yang sangat baik, dengan lebih daripada 70% pesakit berjaya menjalani rawatan kanser primer. Namun, kualiti kehidupan khususnya dari segi kesuburan mungkin berkurangan.
Justeru, keutamaan dalam mengekalkan kesuburan sememangnya penting bagi memastikan pesakit ini mempunyai peluang untuk memiliki zuriat di masa hadapan dan mengekalkan kualiti kehidupan yang lebih baik selepas rawatan.” – Prof Madya Dr Mohd Faizal.
Menurut beliau lagi, setiap tahun, sebilangan besar wanita yang berada dalam umur reproduktif disahkan menghidap kanser. Berita baiknya, kanser ini menunjukkan prognosis yang sangat baik kerana kemajuan dalam pengesanan awal dan keberkesanan rawatan kemoterapi dan radioterapi.
Ini bermakna lebih ramai wanita boleh mendapatkan intervensi perubatan tepat pada masanya, sekali gus meningkatkan peluang rawatan yang berjaya dan kelangsungan hidup jangka panjang.
Memandangkan prosedur OTC semakin meluas dan data penyelidikan lebih mudah diakses, bidang onkofertiliti dilihat mempunyai harapan untuk terus berkembang. Prof Madya Dr Mohd Faizal membayangkan agar bantuan kewangan disediakan kepada pesakit kurang berkemampuan di Malaysia pada masa hadapan, dan kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan memperuntukkan belanjawan untuk menyokong strategi ini.
“Dengan menangani potensi kesuburan dalam kalangan pesakit kanser di samping kelangsungan hidup mereka, terdapat peluang untuk menambah baik hasil keseluruhan rawatan kanser.”
Untuk maklumat lanjut, hubungi +603 7622 8688.