realme, jenama telefon pintar yang paling pesat berkembang di dunia, menyambut tahun baharu dengan realme C67, telefon pintar peringkat permulaan baharu yang menampilkan platform Snapdragon 685, kamera utama 108MP, NFC 360° dan perlindungan IP54.

Dengan harga RM799, realme C67 kini boleh dibeli di seluruh negara. Ini juga merupakan telefon pintar realme pertama berikutan latihan penjenamaan semula jenama itu yang menukar slogannya kepada ‘Make it real‘.

Untuk lima tahun akan datang, realme menyasarkan untuk menjadi jenama teknologi yang membolehkan pengguna muda di seluruh dunia menikmati pengalaman teknologi yang melebihi jangkaan.

Dalam usaha untuk merealisasikan matlamatnya, jenama itu akan meningkatkan lagi produk, kemajuan teknologi dan kekuatan jenamanya. Strategi baharu itu melahirkan ‘Make it real‘, slogan baharu yang mengekalkan semangat Dare to Leap realme sambil memfokuskan lebih kepada membawa manfaat ketara kepada kehidupan pengguna muda.

realme akan kekal dengan hasrat asalnya untuk menjadi jenama teknologi yang lebih memahami pengguna muda sambil memenuhi usaha dan nilai emosi mereka. Cita-cita itu akan bermula dengan realme C67.

Sebagai cipset paling berkuasa dalam segmen peringkat permulaan, platform Snapdragon 685 pada realme C67 memberikan produktiviti dan pengalaman fotografi yang dipertingkatkan.

Permainan mudah alih berkembang pesat dengan prestasi CPU Kryo dan GPU Adreno yang dipertingkatkan serta penggalak FPS dioptimumkan, menawarkan paparan grafik lebih pantas untuk permainan yang mengasyikkan dan lebih lancar. Selain itu, cipset 6nm boleh mempercepatkan masa pelancaran dan kecekapan aplikasi dengan penggunaan kuasa yang lebih rendah. realme C67 ialah telefon pintar pertama dalam siri realme C yang menampilkan cipset Qualcomm Snapdragon.

Pengguna realme C67 boleh dengan mudah mengubah detik berharga menjadi kenangan yang bernilai untuk dikongsi, terima kasih kepada kamera utama 108MP yang disokong Qualcomm. Keupayaan pengimejan peneraju segmen realme C67 diperkuatkan lagi dengan Zum Dalam-sensor 3x, yang membolehkan pengguna merakam foto yang menakjubkan dengan mengekalkan butiran sangat mendalam tanpa menjejaskan kualiti.

Ini adalah kali pertama realme menawarkan Zum Dalam-sensor 3x dalam segmen harga ini. Sementara itu, realme C67 turut menyokong 3x Mod Potret, Mod Malam dan Penapis Fotografi Jalanan baharu untuk pengalaman fotografi yang serba boleh.

Dihasilkan untuk Juara: Membawa Produktiviti ke Tahap Seterusya 

Dibina dengan kualiti Juara, realme C67 membawakan pengalaman mudah alih seperti Juara dengan Mini Capsule 2.0, NFC 360°, perlindungan IP54 dan Pembesar Suara Dwi Stereo.

Mini Capsule yang disukai ramai menerima naik taraf dalam bentuk Mini Capsule 2.0, di mana pengguna boleh menikmati tiga ciri menarik baharu: Muzik, Cuaca dan Acara. Daripada beroperasi dalam aplikasi penstriman, pengguna kini boleh mengawal lagu dengan mudah – sama ada untuk menjeda, menyambung semula atau seterusnya – dengan mengetik dan meleret Mini Capsule. Sementara itu, Cuaca memberitahu pengguna tentang maklumat cuaca, manakala Acara akan memberitahu mereka tentang acara dan tugas yang akan datang.

Selain itu, ciri NFC lebih maju yang dinaik taraf dengan ketara meningkatkan kadar kejayaan sentuhan kad, memudahkan interaksi harian pengguna. Buat pertama kali dalam sejarah siri C, realme C67 hadir dengan perlindungan IP54 yang menghalang pencerobohan air daripada terpercik ke semua arah. Telefon bimbit seperti Juara juga telah menjalani lebih 320 ujian ketat untuk memastikan ketahanannya.

Mengenai reka bentuk, realme C67 bersaiz 6.72-inci mengambil langkah untuk menyingkirkan bingkai skrin plastik, yang merupakan ciri yang biasanya dilihat dalam peranti perdana disebabkan oleh kerumitan struktur. Penanggalan bingkai menjadikan skrin telefon dan bezel dipasang lebih ketat, meminimumkan hitam di tepi telefon dan membolehkan keupayaan kalis air dan kalis habuk yang lebih baik.

Badan ultra nipis berukuran 7.59mm, paling nipis dalam segmennya, realme C67 tersedia dalam dua pilihan warna: Sunny Oasis dan Black Rock. Ia dihiasi kesan cahaya tiga dimensi yang dibuat dengan proses salutan kecerunan tiga warna. Tekstur yang cerah, dinamik dan cincin lensa berkilauan menyerupai oasis yang ditaburi cahaya matahari, memberikan rasa bertenaga dan harapan yang positif.

Realme C67 menawarkan RAM yang boleh dikembangkan sehingga 16GB RAM, dan storan besar sehingga 256GB, membolehkan pengguna menyimpan lebih daripada 57,000 gambar. Pengecasan Pantas SUPERVOOC 33W di realme C67 boleh mengisi bateri berkapasiti 5,000mAh daripada 0% kepada 50% dalam masa 26 minit.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini