Dalam menyahut Pelan Transformasi Al-Falah yang diperkenalkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar, satu program baru bakal disiarkan di stesen TV AlHijrah bermula 1 Februari 2024 akan datang.

Bertumpu kepada Teras Kesejahteraan Insan, program PERCUMA JER diperkenalkan
bagi memperkasa kemampanan ekonomi Islam disamping kebajikan sosial dan
perpaduan ummah.

Program PERCUMA JER yang dijadual bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pada jam 6-7 petang adalah hasil cetusan idea dua organisasi iaitu TV AlHijrah dan Pasak Sdn Bhd.

Program terbaik yang menjanjikan kelainan ini memfokuskan pemasaran produk di kaca televisyen dengan konsep baharu dan pertama kali seumpamanya di Malaysia memberikan demonstrasi, promosi serta yang paling utama adalah sampel barangan percuma kepada penonton TV AlHijrah.

Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah, Nadzariah Mohamed berkata, menerusi PERCUMA JER penonton berpeluang untuk mengurangkan risiko ketidakadilan, penipuan, penindasan dalam aktiviti perekonomian jual beli. Ini kerana, mereka berpeluang untuk menerima sampel barangan tersebut dahulu secara percuma, seterusnya membuat keputusan tepat untuk proses jual beli selanjutnya.

“Saya percaya, proses pemberian sampel barangan secara percuma ini membantu para pembeli untuk membuat pembelian bijak.

“Secara tidak langsung, etika Islam dalam jual beli dapat dijaga dan dicapai. Dengan itu, kebajikan pelanggan dan pengguna terjamin dalam kontrak jual beli,” katanya.

Menurutnya, para penonton boleh mendapatkan barangan sampel percuma di dalam rancangan PERCUMA JER hanya dengan mengikuti langkah-langkah mudah iaitu mereka perlu menonton rancangan ini yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang hingga 7 malam.

Seterusnya, mereka perlu memuat turun aplikasi AlHijrah Plus di Apple Apps Store atau Google Play Store. Setelah itu, mereka perlu mengimbas kod QR untuk memiliki barangan sampel yang dikehendaki. Akhir sekali, pemilik produk akan menghantar barangan sampel tersebut menggunakan syarikat kurier nasional kepada para penonton.

Program PERCUMA JER ini akan dihoskan oleh hos dalaman TV AlHijrah iaitu Hanan Abdul Rahman, Ola Nordin dan Dewita Susila menawarkan lebih daripada 400 barangan sampel pelbagai jenis seperti barangan makanan, produk kecantikan dan kesihatan, barangan IT dan pelbagai lagi barangan sampel lain.

Besar harapan TV AlHijrah dan rakan kerjasama Pasak Sdn. Bhd agar pihak media dapat bersama mengwara-warakan kebaikan, kelainan dan keistimewaan program PERCUMA JER ini demi membantu pengguna dan pemilik perniagaan terutamanya para usahawan PKS menjana ekonomi dan pembangunan ummah sejagat.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini