sooka, khidmat penstriman terkemuka Malaysia telah melancarkan pek serba baharunya dengan harga promosi yang menarik, ciri-ciri baharu dan lebih banyak kandungan.

Semua rakyat Malaysia boleh menonton sebahagian kandungan sooka secara PERCUMA, seperti pratonton acara sukan langsung & hiburan, serta saluran terpilih.

Namun keterujaannya bermula apabila para pelanggan mendaftar untuk salah satu pakej kandungan fleksibel sooka termasuk pakej 24-Hour, Entertainment, Liga Malaysia + Entertainment, All Sports + Entertainment dan Premium, bermula pada harga serendah RM12.90.

Untuk meraikan pelancaran cara-cara baharu untuk menikmati kandungan sooka, rakyat
Malaysia dijemput untuk menonton kesemua kandungan sukan SECARA LANGSUNG di sooka secara PERCUMA sepanjang 2 dan 3 Disember.

Euan Smith, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, berkata di majlis pelancaran, “Memandangkan permintaan bagi penstriman dalam talian yang fleksibel terus meningkat, sooka bertekad untuk menyediakan kandungan yang disesuaikan khusus untuk para penonton, menggabungkan siaran secara langsung dan On Demand yang memenuhi kehendak pengguna di semua pasaran sasaran.

Pengguna bulanan aktif (MAU) sooka telah meningkat 80% setakat tahun ini, dan pelanggan VIP telah meningkat 55% suku tahun ke suku tahun dipacu oleh pertambahan pilihan kandungan dan pemasaran yang lebih bersasar.

Setakat ini terdapat 1.5 juta pengguna berdaftar di sooka, dengan 60% daripada mereka
menonton kandungan sooka menerusi telefon mudah alih. Kami yakin pek dan harga
baharu sooka bakal mencatatkan pertumbuhan lebih kukuh bagi perkhidmatan ini pada tahun 2024.”

Berpegang kepada janji untuk membekalkan kandungan terbaik, sooka ialah satu-satunya aplikasi penstriman di Malaysia yang menawarkan barisan kandungan sukan SECARA LANGSUNG yang luas termasuk Premier League, Liga Malaysia, Formula 1, NBA, Kejohanan Badminton BWF, Jelajah Tenis ATP, MotoGP, UFC dan banyak lagi.

Para pelanggan boleh menyaksikan Konsert Akhir All Stars Gegar Vaganza (GV10) yang dinanti-nantikan pada 10 Disember dan program pencarian bakat Malaysia menerusi Hero Dewi Remaja 2023.

Satu siri baharu juga akan dilancarkan di sooka, iaitu Syurga Itu Bukan Mudah. Rancangan menarik kanak-kanak seperti Didi & Friends, Hello Pinkfong, dan Super Nabil akan menghimpunkan seisi keluarga manakala filem-filem Cina dan Korea serta rancangan beraneka seperti The Queen’s Ploy dan A Journey to Love dan Night Has Come pasti menarik perhatian penggemar rancangan hiburan Asia.