Rawang Yee Motor Sdn Bhd, yang diberi penghormatan dalam kategori Penyedia Insurans Automotif menerusi Anugerah Automotif Asia 2023, kini menetapkan penanda aras baharu dalam sektor automotif.

Mengiktiraf kecemerlangan dalam bidang insurans automotif, anugerah ini memberi penghargaan kepada syarikat yang mempamerkan perkhidmatan, perlindungan dan komitmen yang luar biasa terhadap kepuasan pelanggan.

Dalam dunia kecemerlangan automotif, Rawang Yee Motor bertekad untuk mengukuhkan perniagaannya sebagai hab baik pulih Kenderaan Elektrik (EV) di rantau ini dengan merevolusikan perkhidmatan yang berkaitan dengan perlanggaran dan membaik pulih EV.

Menerusi inovasi automotif yang begitu menyerlah, Rawang Yee Motor menempuh peralihan yang lancar untuk berada di barisan hadapan revolusi EV. Memanfaatkan kepakarannya yang luas, syarikat berkenaan telah merasmikan kemudahan baik pulih canggih yang dikhususkan untuk kenderaan elektrik.

Pengarah Rawang Yee Motor, Adrian Yee Chung Meng, berkata, “Anugerah Automotif Asia ini seumpama Bintang Utara yang menjadi panduan kepada kami untuk menuju hari esok yang lebih cerah dalam inovasi dan kecemerlangan.”

Hab baik pulih yang baharu ditubuhkan ini terdiri daripada pasukan juruteknik dan jurutera yang berkemahiran tinggi, dilengkapi dengan alatan diagnostik canggih dan pengetahuan khusus yang penting untuk melakukan kerja serba rumit berkaitan kenderaan elektrik.

Perkhidmatan syarikat berkenaan terdiri daripada penyelenggaraan rutin sehinggalah kepada kerja baik pulih yang kompleks, dengan jaminan pengalaman pemanduan yang lancar dan tanpa kerisauan untuk pemilik EV.

Bagi memastikan keselamatan juruteknik yang mengendalikan kenderaan elektrik, syarikat membuat pelaburan dalam latihan khusus. Latihan ini meliputi penyahtenagaan sistem voltan tinggi, pengendalian bateri dengan selamat dan kesedaran keselamatan secara keseluruhan. Komitmen terhadap keselamatan ini bukan sahaja melindungi juruteknik tetapi juga memastikan kerja baik pulih kenderaan elektrik yang dilaksanakan dengan cekap dan terjamin.

Ciri-ciri yang menentukan pendekatan Rawang Yee Motor adalah komitmennya yang kukuh terhadap kemampanan. Hab baik pulih berkenaan menggabungkan teknologi hijau, termasuk sistem pencahayaan dan pemanasan yang menjimatkan tenaga, serta proses kitar semula yang maju untuk bahan baik pulih. Pendekatan menyeluruh ini seiring dengan etos pergerakan EV bagi mengurangkan impak alam sekitar ke atas operasi syarikat.

Di samping perkhidmatan baik pulih perlanggaran yang luar biasa, syarikat yang meraih anugerah ini memberi keutamaan kepada latihan berterusan bagi membolehkan jurutekniknya mengikuti perkembangan terkini dalam teknologi EV.

Inisiatif ini seterusnya mengukuhkan kedudukan Rawang Yee Motor sebagai peneraju industri sekali gus menggambarkan komitmennya untuk berada di barisan hadapan landskap automotif yang sentiasa berkembang.

Kemunculan Rawang Yee Motor sebagai hab baik pulih EV utama menandakan peristiwa penting dalam peralihan ke arah landskap automotif yang lebih mampan dan berteknologi maju. Dedikasinya yang utuh terhadap kecemerlangan, tanggungjawab alam sekitar dan kepuasan pelanggan menyerlahkan Rawang Yee Motor dalam usaha membentuk masa hadapan perkhidmatan penyelenggaraan dan baik pulih EV di rantau ini.

Gabungan legasi sebagai pemenang anugerah dengan pendekatan yang berfikiran ke hadapan mendorong Rawang Yee Motor ke barisan hadapan industri pembaikan EV.

Komitmennya terhadap kecemerlangan dan kemampanan memastikan bahawa ia terus menjadi tenaga penggerak dalam dunia kenderaan elektrik yang sentiasa berkembang. Penubuhan hab baik pulih EV utama ini bukan sahaja bukti kepada pencapaiannya tetapi juga petanda yang baik tentang masa hadapan dalam industri automotif.