Alientech Malaysia Sdn Bhd berbesar hati mengumumkan penghargaan yang diraihnya pada majlis Anugerah Automotif Asia 2023 baru-baru ini apabila syarikat berkenaan menerima pengiktirafan dalam dua kategori, Kecemerlangan Perkhidmatan Automotif dan Inovasi Automotif.

Majlis anugerah berkenaan yang berlangsung pada 19 November 2023, menekankan komitmen jitu Alientech Malaysia terhadap kecemerlangan perkhidmatan dan sumbangan cemerlangnya kepada industri automotif.

Mengulas mengenai pencapaian berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif Alientech Malaysia Sdn Bhd, Raymond Low, berkata: “Anugerah ini mewakili kejayaan dalam usaha kami mentakrifkan semula kecemerlangan dan memberikan impak ketara di jalan raya Asia.”

Alientech Malaysia sudah sekian lama berada di barisan hadapan inovasi dalam industri automotif dengan sentiasa menyediakan penyelesaian berasaskan IT kepada rakan kongsi dan pelanggan di seluruh Asia. Syarikat berkenaan menjalankan usaha khusus untuk menangani cabaran dalam sektor kenderaan elektrik (EV) yang memberi tumpuan kepada aspek kritikal seperti perbatuan dan kestabilan.

Seiring dengan aliran mobiliti elektrik yang semakin berkembang, Alientech Malaysia melaksanakan pelaburan besar dalam penyelidikan dan pembangunan dengan mencipta penyelesaian dan protokol IT yang disesuaikan untuk EV. Syarikat berkenaan secara aktif memperjuangkan perkembangan mampan EV dengan dengan menyokong pengawalseliaan yang konsisten dan penyeragaman dalam infrastruktur pengecasan, teknologi bateri dan kebolehoperasian.

Menekankan kepentingan rangka kerja pengawalseliaan, Alientech Malaysia berhasrat untuk mencapai kesepakatan dalam kalangan pengeluar dan meningkatkan keyakinan pengguna.

Syarikat berkenaan memberi sokongan kepada penyeragaman global dalam penyambungan pengecasan, voltan dan protokol sekali gus memberi kemudahan kepada pengguna dan merangsang pertumbuhan pasaran. Alientech Malaysia turut terlibat dalam pendidikan proaktif dan inisiatif kesedaran untuk menekankan kelebihan dari segi penyeragaman dan kestabilan dalam industri EV.

Menyedari populariti mobiliti elektrik yang semakin meningkat di Asia, Alientech Malaysia komited untuk menyediakan penyelesaian kenderaan elektrik jangka panjang yang komprehensif, disesuaikan untuk rakyat Malaysia dan pasaran Asia yang lebih meluas.  Syarikat berkenaan berhasrat untuk mewujudkan persekitaran yang tidak akan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna EV di masa hadapan.

Alientech Malaysia memberi keutamaan kepada pendidikan dan peningkatan kemahiran secarea berterusan khususnya dalam bidang pemetaan semula automotif dan penalaan cip dengan penyelesaian berasaskan IT. Syarikat berkenaan memperjuangkan inovasi dalam industri automotif serta pada masa sama mempromosikan amalan mesra alam secara aktif.

Berhubung perihal kemampanan, Alientech Malaysia menunjukkan komitmennya terhadap amalan mesra alam dalam mobiliti elektrik. Ini termasuk usaha dalam pengeluaran kenderaan elektrik dengan pengurangan kesan alam sekitar, program kitar semula bateri, integrasi tenaga boleh diperbaharui, infrastruktur pengecasan mesra alam dan penilaian kitaran hayat menyeluruh.

Pada masa ini, Alientech Malaysia sedang membangunkan EV yang direka untuk memberi manfaat kepada komuniti yang tidak mendapat perlindungan daripada pengangkutan awam, dengan tumpuan untuk meningkatkan pengalaman pengangkutan awam secara keseluruhan di Malaysia dan Asia.

Menangani cabaran dalam sektor mobiliti elektrik, Alientech Malaysia kekal teguh dengan memberi keutamaan kepada penambahbaikan yang konsisten dan peningkatan teknologi. Untuk pemain industri, Alientech Malaysia menggalakkan usaha untuk mengutamakan nilai dan manfaat pada kemudahan dan gaya hidup komuniti apabila menceburi bidang mobiliti elektrik.

Untuk masa hadapan, Alientech Malaysia berhasrat untuk melaksanakan IPO di bawah  AlienWorld Technology Berhad pada tahun 2025 dengan komitmen untuk menyumbang kepada peluang pekerjaan, latihan dan kebajikan masyarakat. Projek masa hadapan syarikat akan memberi tumpuan kepada teknologi dalam bidang fesyen, makanan, kehidupan dan pengangkutan.