Pelakon popular Aedy Ashraf dan HONOR X9b 5G mempunyai sifat sama iaitu tahan lasak! Watak Aedy sebagai polis yang bersikap teguh dalam filem aksi War on Terror: KL Anarki disamakan dengan kekukuhan HONOR X9b 5G yang mampu menahan peluru paintball tanpa mengalami sebarang kerosakan.

Bersempena perasmian pelancaran telefon pintar tersebut, HONOR Malaysia baru-baru ini
menganjurkan sesi ramah mesra Aedy Bersama peminat di kedai HONOR di Mitsui Shopping Park Lalaport, Bukit Bintang.

Peminat berpeluang berinteraksi dengan Aedy selain merasai ketahanan telefon HONOR X9b 5G. Pada sesi tersebut, Aedy melakukan demonstrasi menguji ketahanan 360° HONOR X9b 5G dengan menghentaknya pada beberapa lapisan papan bagi membuktikan ia telefon pintar terbaharu HONOR yang paling lasak.

Peminat juga diberi peluang untuk membelah lapisan papan menggunakan HONOR X9b 5G.

HONOR X9b 5G Tahan Lasak Setiap Sudut

Aedy berkongsi pengalaman menggunakan HONOR X9b 5G selama beberapa bulan kepada
peminat dan menzahirkan rasa kagum terhadap ketahanan telefon ini. Dia tidak menyangka skrin telefon tersebut mampu menahan peluru paintball.

“Saya kagum dengan ketahanan luar biasa HONOR X9b 5G. Pada mulanya, saya membuat ujian dengan menghentak HONOR X9b 5G pada tin dan gelas, dan kedua-duanya hancur. Namun telefon ini tidak tercalar dan masih berfungsi dengan baik. Saya tidak perlu bimbang tentang skrin retak sekiranya telefon terjatuh,” katanya.

Mengetengahkan pembuatan yang kukuh, HONOR X9b 5G memiliki pensijilan lima bintang
Rintangan Jatuh Setiap Sudut daripada badan penguasa berprestij Switzerland, SGS.

Pengiktirafan ini menguatkan lagi status HONOR X9b 5G sebagai peranti yang mampu menahan pelbagai cabaran. Ini menjadikan telefon pilihan boleh dipercayai bagi pengguna seperti Aedy yang mahukan peranti tahan lasak untuk kehidupan seharian.

Bukan itu sahaja, HONOR X9b 5G merupakan telefon midrange pertama dalam pasaran Malaysia yang dikuasai cipset Qualcomm® Snapdragon® 6 Gen 1 bagi menjamin prestasi berkuasa dan efisien untuk pengguna.

Bateri 5800mAh – Terbesar dalam kelas tersendiri
Dari segi jangka hayat bateri, HONOR X9b 5G mempunyai kapasiti bateri besar 5800mAh. Menurut Aedy, telefon ini amat berguna kerana dia banyak membuat penggambaran di luar dan sukar untuk mencari plug elektrik.

“Walaupun tidak dicas sepenuhnya, bateri telefon ini masih mampu bertahan sepanjang hari. Saya sudah tidak perlu membawa power bank ke tempat kerja. Tambahan pula, saya
dapati warna Sunrise Orange HONOR X9b 5G dan bahagian belakang telefon ini yang diperbuat daripada kulit vegan sangat menarik, bergaya dan kelihatan premium. Saya sangat sarankan HONOR X9b 5G untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

Selain Sunrise Orange, HONOR X9b 5G juga tersedia dalam warna Titanium Silver dan Midnight Black. Pada harga hanya RM1,499, HONOR X9b 5G didatangi dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM759, termasuk Perlindungan Retak Depan & Belakang 365 Hari dan HONOR CHOICE Earbuds X5.

Filem War on Terror: KL Anarki bakal ditayangkan di seluruh pawagam tempatan pada 23 November 2023. Maklumat lanjut tentang kehebatan HONOR X9b 5G dan produk HONOR boleh layari: https://bit.ly/HONORX9bPR