AirAsia X, syarikat penerbangan tambang rendah jarak sederhana meraikan ulang tahun ke-16 minggu ini dengan jualan istimewa, menawarkan tambang rendah ke pelbagai destinasi di Asia dan seterusnya.

Jualan kilat 72 jam ini membolehkan pengembara meneroka destinasi AirAsia X yang menakjubkan daripada RM166* sehala bermula hari ini hingga 4 November 2023. Terokai dunia dengan tambang termasuk semua yang berpatutan seperti ke Taipei, Shanghai dan Auckland untuk tempoh perjalanan dari sekarang hingga 30 September 2024.

Bagi mereka yang ingin menikmati perjalanan yang lebih selesa, tempah tempat duduk Premium Flatbed ke destinasi menarik daripada RM766* sehala. Selain itu, sempena sambutan jari istimewa ini,  tempah tempat duduk ‘Quiet Zone’ pada diskaun 20%* untuk masa yang terhad sahaja.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail, berkata syarikat penerbangan itu berbangga dengan pencapaian ini.

“Kini kami benar-benar kembali dan bersedia sepenuhnya untuk menerbangkan para tetamu ke pelbagai destinasi popular. Kami juga berbesar hati  dengan permintaan berterusan untuk perkhidmatan kami dari segenap pasaran utama.

Justeru, kami meningkatkan jumlah penerbangan ke destinasi utama kami seperti Tokyo, Taipei, Sydney dan Auckland untuk memenuhi permintaan ketara menjelang musim perjalanan puncak akan datang.

“Memandangkan lebih banyak pesawat kembali beroperasi, kami akan memperkenalkan lebih banyak penerbangan ke destinasi popular sedia ada dan ke destinasi baharu yang mungkin tidak pernah diterbangkan sebelum ini di berdasarkan permintaan para tetamu.”

AirAsia X pertama kali terbang ke udara pada 2 November 2007 ke Gold Coast, Australia sebagai destinasi pertamanya. Sejak itu, syarikat penerbangan kini telah menerbangkan berjuta-juta tetamu dengan nilai hebat untuk perjalanan udara jarak pertengahan dan berikutnya. AirAsia X kini terbang ke 18 destinasi di serata dunia.

Tambang promosi dijual selama 72 jam sahaja, bermula hari ini sehingga 4 November untuk tempoh perjalanan antara sekarang dan 30 September 2024 seperti yang disenaraikan di bawah:

Tempat Duduk Ekonomi (tambang termasuk semua sehala dari Kuala Lumpur)

  • Taipei – daripada RM166*

  • Amritsar – daripada RM166*

  • Chengdu – daripada RM266*

  • Beijing – daripada RM366*

  • Busan – daripada RM366*

  • Hangzhou – daripada RM466*

  • Seoul – daripada RM466*

  • Perth – daripada RM466*

  • Shanghai – daripada RM486*

  • Tokyo – daripada RM566*

  • Osaka – daripada RM566*

  • Gold Coast – daripada RM666*

  • Sydney – daripada RM666*

  • New Delhi – daripada RM696*

  • Melbourne – daripada RM866*

  • Sapporo – daripada RM916*

  • Auckland – daripada RM1,526