BMW Malaysia hari ini telah memperkenalkan BMW X7 xDrive40i M Sport baharu, menyusuli varian Pure Excellence yang turut dirungkaikan pada awal tahun ini. SAV mewah yang berkuasa tinggi ini juga akan dikeluarkan melalui KilangPemasangan BMW yang terletak di Kulim, meluaskan lagi barisan kenderaan premium jenama ini yang dipasang di Malaysia.
BMW X7 xDrive40i M Sport baharu membawakan aneka rangkuman berpaksikan sport yang
lebih menonjol, ia termasuk reka bentuk ‘M Specific’ di hadapan dan belakang, disumbang
oleh Pakej M Aerodynamics, berserta ambang pintu yang menampilkan inskripsi M yang
ikonik.
Dari segi visual, BMW X7 xDrive40i M Sport baharu didatangkan dengan gril ‘kidney’ BMW Iconic Glow yang dicahayakan dengan gentian optik LED untuk aura visual yang lebih menawan, di samping set roda aloi ringan M Sport 22 inci dalam bentuk dwiruji 913 M
dwiwarna dengan tayar bercampur.
Di dalam, BMW X7 xDrive40i M Sport membawakan trim kayu halus ‘Fineline Black’
berserta efek logam berglos tinggi, stereng kulit M dan juga upholsteri kulit Merino BMW
Individual dalam rona Black atau Tartufo.
Dari sudut sistem bantuan memandu, BMW X7 xDrive40i M Sport baharu akan hadir dengan Driving Assistant Professional berserta Kawalan Jarak dengan fungsi Henti & Mula, termasuk Bantuan Stering dan Kawalan Laluan – membekalkan keupayaan Pemanduan Berautonomi Tahap 2 selain menawarkan keselesaan dan keselamatan bertaraf tinggi.
Harga runcit bagi BMW X7 xDrive40i M Sport baharu dengan Pakej Servis dan Waranti
Lanjutan 5 Tahun, termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans)
ialah:
BMW X7 xDrive40i M Sport Baharu RM 718,800.00