Pelbagai jenis jentera motosikal elektrik baru kini dipasaran apabila United E-Motor, sebuah jenama motosikal elektrik ikonik di bawah naungan pengeluar basikal Indonesia PT. Terang Dunia Internusa (PT TDI), telah bersedia untuk kemasukan rasmi ke pasaran Malaysia.

Usaha menarik ini telah dijayakan melalui kerjasama jenama ini dengan Artroniq Bhd, sebuah syarikat pemegang pelaburan terkemuka Malaysia, yang akan berperanan sebagai pengedar United E-Motor di negara ini.

Artroniq Bhd dan United E-Motor akan meraikan pencapaian ini dengan sebuah acara pelancaran rasmi yang akan dimulakan dengan sesi pengenalan tentang kerjasama antara Artroniq Bhd dan United E-Motor, diikuti dengan ucapan daripada wakil-wakil penting PT TDI, Artroniq Bhd, ASEAN Trade, Tourism, dan Economic Council (ATEC), Indonesia Retail & Tenant Association (HIPPINDO), dan Kementerian Perdagangan Indonesia.

Pelancaran rasmi ini akan berlangsung di Piazza Pavilion Bukit Jalil pada pukul 2:00 petang pada 30 Oktober 2023. Acara ini akan menampilkan pertunjukan aksi lagak ngeri dan orang ramai akan berpeluang untuk menjalani ujian pemanduan model motosikal elektrik siri TX United E-Motor.

Dengan pelancaran rasmi ini, Artroniq Bhd dengan bangganya akan menawarkan dua model motosikal United E-Motor di Malaysia – iaitu TX3000 dan TX1800. Model TX3000
menawarkan prestasi yang mengagumkan dengan kelajuan tertinggi sehingga 90km/j dan jarak perjalanan sehingga 120 km setiap pengecasan penuh manakala TX1800 menawarkan kadar pengecasan 0 hingga 80% yang luar biasa dalam masa 1.5 jam.

Kedua-dua model ini mempunyai tempat duduk berengsel hidrolik, storan di bawah tempat duduk yang sangat besar, Bluetooth terbina dalam, dan aplikasi telefon yang didedikasikan dengan ciri-ciri seperti butang SOS, pemacu hidup/mati, Cari Motosikal Saya, papan pemuka langsung, dan banyak lagi.