Continental Tyres dianugerah status Rakan Kongsi Pilihan Mercedes-Benz AG di Malaysia, sah mulai bulan September 2023 hingga bulan Ogos 2025.

Sebagai rakan kongsi pilihan, Continental menerima akses kepada pesanan pusat dan alat jualan yang menghubungkan rangkaian Mercedes-Benz Rangkaian AG dengan platform dalam talian terus untu memenuhi pesanan.

Promosi bersama dan acara pelanggan juga diperkenalkan untuk memanfaatkan dan meningkatkan pengalaman peruncitan dalam kedai untuk pemilik kereta. Perbezaan ini
menekankan komitmen Continental dalam meletakkan pelanggannya sebagai pusat tumpuannya serta melampaui prestasi industri dengan penyelesaian yang berorientasikan pelanggan dan kecemerlangan operasi.

“Cita-cita pelanggan kami merupakan tenaga penggerak kami”, kata Dalibor Kalina, Ketua Tayar Penggantian Kawasan Perniagaan APAC, “Dianugerahkan sebagai rakan kongsi pilihan oleh pengeluar kereta premium yang terkenal membuktikan keupayaan teknologi dan dedikasi kami yang cemerlang dalam menyokong pelanggan kami mencapai matlamat perniagaan mereka.”

Continental berada pada kedudukan yang baik untuk mewujudkan sinergi yang lebih erat dan bersama dengan semua pelanggannya bagi menyediakan produk dan perkhidmatan yang paling sesuai dalam tayar selepas jualan.

Continental membekalkan barisan produk MO (Mercedes Original) yang disesuaikan untuk keperluan yang ketat dan piawaian yang tinggi yang ditetapkan bagi menawarkan tayar yang paling sesuai dengan setiap model kenderaan, dengan kompromi sifar terhadap keselamatan.

Bagi menyokong perkongsian ini, pengeluar tayar premium Jerman komited untuk bekerjasama rapat dengan saluran runcit pelanggan bagi memenuhi permintaan selepas pasaran dan membekalkan perubahan tayar yang diperlukan sepanjang hayat kenderaan
tersebut.

Continental merupakan antara rakan kongsi utama Mercedes Benz di seluruh dunia untuk
perniagaan OE-Tayar serta penggantian tayar, sekali gus melengkapkan keseluruhan rangkaian portfolio pengeluar kereta, daripada kelas A hingga GLS, pemasangan tayar seperti SportContact 6, EcoContact 6, EcoContact 6Q, PremiumContact 6 dan SportContact 7.