IFP Engineering Consultancy Sdn. Bhd. (IFP) dan PlantStream Inc. dari Jepun baru-baru ini telah menjalin hubungan kerjasama strategik perniagaan dan perkhidmatan.

Kerjasama itu diumumkan oleh Pengerusi IFP dan Presiden Majlis Kejuruteraan Minyak & Gas Malaysia (MOGEC), Ir. Abd Rashid Md Sidek, dan disaksikan oleh Naib Presiden Kanan – Pelaksanaan Projek dan Teknologi Petronas, Datuk Bacho Pilong, Pengarah Chiyoda Corporation, Masao Ishikawa dan Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif PlantStream, Seitaro Narue, di Kelab Petroleum Malaysia (MPC), Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Menurut Ir. Abd Rashid Md Sidek, kerjasama ini akan memenuhi sebahagian daripada rancangan jangka panjang IFP dalam mendapatkan sumber pakatan teknologi strategik dengan rakan teknologi untuk memainkan peranan dalam pembangunan teknologi dan menyediakan perkhidmatan terkini kepada pelanggan.

“IFP adalah syarikat pertama yang mewakili perkhidmatan “PlantStream” di luar Jepun, justeru menunjukkan bukti komitmen mereka untuk menginovasi industri.

“Dengan memanfaatkan teknologi digital dan pembelajaran mesin, kami yakin bahawa kami dapat mengatasi beberapa halangan yang dihadapi oleh industri pada masa ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan dapat menggabungkan PlantStream, alat kejuruteraan Loji yang inovatif dengan keupayaan 3-Dimensi Computer-Aided-Design (3D CAD) dengan perkhidmatan kejuruteraan bersepadu pelbagai disiplin IFP untuk menyediakan perkhidmatan pemodelan 3D dan reka bentuk kejuruteraan yang cekap di peringkat global.

An in-depth discussion with Ir. Dr. Ragunath Bharath with fellow guests

Perisian ini akan dapat mempercepatkan proses reka bentuk dengan drastik, mengurangkan tempoh reka bentuk kejuruteraan sekurang-kurangnya sebanyak 60%, dan pada masa yang sama menghasilkan “routing” paip berkualiti premium untuk memenuhi asas reka bentuk paip.

Dalam ucapan beliau, Seitaro Narue menyatakan bahawa kerjasama ini akan membolehkan PlantStream menyediakan perkhidmatan pemodelan 3D yang pantas dan cekap kepada lebih ramai pelanggan di Asia Tenggara dan di seluruh dunia, serta mempromosikan kejuruteraan inovatif dan kecekapan dalam industri.

Business Development Manager of PlantStream, Istvan Radnoty enjoying a taste of Malaysian cuisine after the successful launching of PlantStream in Malaysia!

Turut hadir Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IFP, Ir. Dr. Ragunath Bharath, Ketua Perkhidmatan Teknikal Kumpulan (GTS) Petronas, Mohamad Iskandar Bakeri, dan Naib Presiden Kanan Chiyoda Corporation, Norimasa Matsuoka.

Selain itu, terdapat juga wakil daripada MATRADE, MPRC, pelanggan IFP sedia ada dan pakar industri terpilih.