Pengerusi NGO Antarabangsa merangkap Profesor Adjung Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dato Dr Mustapha Ahmad Marican mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Agama Kemboja, YB Yob Ahskary membincangkan pelbagai isu semasa umat Islam Kemboja dan memperkasakan aspek pendidikan.

Beliau berkata, ekonomi umat Islam Kemboja dengan cara keterlibatan masyarakat Islam dalam urusan perniagaan mengikut cara Islam dan kaedah pungutan zakat mengikut sistem di Malaysia manakala penubuhan Islamic Centre perlu disegerakan.

YB Yop Ahskary menyatakan memang menjadi hasrat Kementerian Agama dan rangka penubuhan High Council Islamic Affairs sudah membincangkan perkara ini.

“Saya tertarik dengan penubuhan Islamic Centre ini dipelbagaikan seperti yang diutarakan oleh Dato Dr Mustapha amatlah baik kerana melihat kepentingan masyarakat Islam Kemboja dalam semua bidang seperti pusat zakat, konsep Tabung Haji, hub halal, pelancongan Islam, produk makanan Islam seperti mee segera atau burger,” kata YB Yob Ahskary lagi.