Didorong oleh kejayaan edisi BMW Motorrad GS Challenge tahun lalu, acara ini kembali untuk mencabar kemahiran off-road para penunggang GS tempatan, bagi merebut peluang untuk mengambil bahagian dalam jelajah 2024 International GS Trophy Tour di Namibia.

BMW Motorrad Malaysia sekali lagi telah menghoskan acara BMW Motorrad GS Challenge yang telah dinanti-nantikan oleh ramai, di Putrajaya dari 23 – 24 September. Dengan lebih 180 hadirin, acara yang mendebarkan ini menguji kemahiran off-road penunggang dan berjaya menghimpunkan para pemilik dan peminat BMW Motorrad menerusi semangat GS yang dikongsi bersama.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia menyatakan, “Kami berbesar hati untuk sekali lagi membawakan acara BMW Motorrad GS Challenge pada tahun ini buat warga komuniti GS di Malaysia.

Susulan sambutan memberangsangkan yang diterima pada tahun lalu, kami teruja untuk melihat para peserta mengamati kebebasan, keghairahan dan semangat pengembaraan
sambil mereka menyusuri liku-liku yang mencabar, sempurna bagi jentera yang unggul seperti GS.”

Acara ini telah membariskan pelbagai aktiviti bagi menguji kemahiran menunggang dan menavigasi merentasi beberapa cabaran off-road yang unik, di samping liku ‘Follow the Trails’ yang mengujakan buat para pemilik BMW G 310 GS.

Sepuluh Penunggang Terbaik pada Hari Pertama telah dipilih untuk mara ke pusingan yang seterusnya pada Hari Kedua, bagi merebut peluang untuk menyertai jelajah ‘Follow the Trails’ (FTT) International BMW GS Trophy di Namibia, yang akan dilangsungkan pada tahun 2024.

Hadiah-hadiah eksklusif ihsan penaja tayar rasmi Metzeler juga telah dianugerahkan kepada 10 Finalis bagi liku tersebut.