UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta), syarikat Pengurusan Aset dan Penyelesaian Infrastruktur yang terkemuka di rantau ini, terus mendapat pengiktirafan atas sumbangan hebatnya dalam sektor penyelesaian penjagaan kesihatan.
Susulan daripada satu lagi contoh keunggulan, anak syarikat Syarikat, Edgenta Healthtronics Sdn Bhd (“EHSB”), baru-baru ini meraih anugerah bagi “PEMBINAAN BANGUNAN FHyICU TERPANTAS SEMASA PANDEMIK COVID-19” dari Malaysia Book of Records (“MBOR”) yang pertama seumpamanya di Malaysia, Unit Rawatan Rapi Hibrid Lapangan (“FHyICU”) dengan sejumlah
150 katil yang tercanggih dibina di hospital-hospital kerajaan terpilih di Malaysia, adalah bukti komitmen UEM Edgenta yang tidak berbelah bahagi terhadap inovasi dan pelaksanaan projek yang unggul dalam mendepani keadaan yang mencabar.
Idea sebalik FHyICU ini dicadangkan oleh mantan Menteri Kesihatan dan Ketua Setiausaha sebagai tindak balas kepada peningkatan jangkitan COVID-19 pada tahun 2020.
Dipacu oleh keazaman untuk menangani krisis ini dengan berkesan, Kementerian Kesihatan (“MOH”) telah mula untuk mencari kerjasama strategik dengan perusahaan swasta yang cekap dan mampu meningkatkan infrastruktur penjagaan kesihatan serta memperkukuh kapasiti kesihatan negara.
“Sebagai sebuah perusahaan tempatan, UEM Edgenta amat berbangga dengan komitmennya bagi menyokong usaha-usaha pemulihan COVID-19 oleh pihak Kerajaan. Memanfaatkan kepakaran khusus kami, kami berjaya merealisasikan konsep inovatif FHyICU Kementerian Kesihatan – sebuah unit ICU mudah alih yang dilengkapi dengan bekalan kuasa, oksigen dan bekalan air sendiri. Pencapaian ini bukti keupayaan Syarikat kami dalam mengatasi cabaran dan menyediakan penyelesaian penting dengan tepat terutamanya bila diperlukan,” kata Syahrunizam Samsudin, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta.
“Kejayaan menyiapkan kemudahan FHyICU 150-katil ini adalah bukti komitmen tidak berbelah bahagi kami dalam memenuhi keperluan penjagaan kesihatan negara, terutamanya semasa fasa-fasa kritikal pandemik COVID-19. Pengiktirafan ini akan mendorong kami untuk terus menyampaikan perkhidmatan dan penyelesaian yang terbaik sekaligus menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan kemajuan infrastruktur penjagaan kesihatan negara,” tambahnya.
Hadir di acara tersebut, Shaiful Subhan, Pengarah Urusan Edgenta Mediserve Sdn Bhd dan Ketua Healthcare Solutions, UEM Edgenta, menyatakan, “Pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records ini merupakan detik yang membanggakan bagi UEM Edgenta serta warga kerjanya yang berdedikasi. Kami berbesar hati dapat menyertai barisan pemegang rekod di negara ini. Pihak Syarikat berharap dapat meneruskan misinya untuk menyampaikan penyelesaian yang inovatif dan menyumbang kepada kemajuan arena penjagaan kesihatan Malaysia. Pencapaian ini adalah bukti komitmen tidak berbelah bagi kami kepada kecemerlangan dan inovasi, walaupun berada dalam keadaan yang mencabar.”
Pembinaan FHyICU, satu inisiatif terbaharu yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan penjagaan kritikal, telah dilaksanakan secara serentak di beberapa lokasi di seluruh Malaysia semasa tempoh mencabar pandemik COVID-19. Dengan sejumlah 14 lokasi yang berbeza, pencapaian ini menekankan komitmen UEM Edgenta terhadap kecemerlangan penjagaan kesihatan dan dedikasinya untuk menyokong infrastruktur penjagaan kesihatan negara, terutamanya semasa waktu krisis.
Binaan FHyICU ini adalah bukti usaha kerjasama UEM Edgenta dan rakan-rakan kongsinya, yang bertungkus-lumus menyiapkan projek dalam jangka masa yang mencabar. Pencapaian ini bukan sahaja mengukuhkan reputasi Syarikat sebagai peneraju industri tetapi juga menyerlahkan komitmennya yang tidak berbelah bahagi untuk berkhidmat kepada masyarakat dan mengutamakan kesejahteraan negara. Dilantik oleh KKM, UEM Edgenta, melalui EHSB, berkhidmat sebagai kontraktor utama untuk projek berwawasan ini di mana ia juga bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi yang memainkan peranan penting dalam kejayaan menyiapkan projek FHyICU; iaitu Synar Setara Resources Sdn. Bhd., S&A Bintang Sdn. Bhd., dan Perunding Al-Shura M&E Sdn. Bhd.
Diadakan di ibu pejabat UEM Edgenta di Kuala Lumpur, pengiktirafan tersebut telah disampaikan oleh Edwin Yeoh Tiong Chin, Perunding Rekod Kanan, MBOR, kepada Shaiful Subhan. Turut hadir menyaksikan detik bersejarah itu ialah Yahaya Saad, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan bersama wakil-wakil KKM dan Ir Mazlan Yusoff, Pemangku Ketua Pegawai Operasi, Penyelesaian Penjagaan Kesihatan, UEM Edgenta.
UEM Edgenta meneruskan perjalanan inovasinya yang luar biasa, memacu pertumbuhan sekaligus menyampaikan teknologi dan impak yang dipacu kelestarian kepada semua pihak berkepentingan. Untuk maklumat lanjut, layari www.uemergenta.com