Berikutan kejayaan pembangunan di Seremban 2 dan S2 Heights, IJM Land melancarkan
presint baharu S2 Heights Aman, pembangunan yang menawarkan pengalaman gaya hidup
moden dan lebih mesra alam kepada penduduknya.

Anda boleh bayangkan keseronokan seperti pulang ke kampung halaman yang dihiasi
pemandangan hutan yang indah. Dan itu hanyalah sebahagian daripada sambutan awal kerana perhatian anda pasti akan terarah ke bahagian tengah ‘syurga’ indah dengan tasik tenang yang dikelilingi pokok dedaun emas dan merah yang jarang ditemui.

Dengan kedudukannya lebih tinggi, ia bukan sahaja membuka laluan kepada angin lebih segar, malah rimbunan pokok yang melata seperti menjadi pelindung kepada privasi penduduk, sekali gus mencetuskan setiap detik yang benar-benar tidak dapat dilupakan.

Anda akan terpesona apabila memandu masuk ke sini dengan landskap menarik yang
ditonjolkan menerusi pemandangan luas kawasan berumput menghijau dan belukar, di samping latar belakang hijau dengan dedaunan yang subur.

Pendek kata, mereka yang menetap di sini boleh menikmati segala-galanya, bermula daripada pemandangan astaka dan dek yang menonjolkan suasana pinggir tasik dan pesona ketika menikmati matahari terbenam pada waktu petang.

Pemandangan yang menawan ini membangkitkan pesona musim bunga Karuizawa, sebuah
resort gunung yang indah di wilayah Nagano, Jepun, iaitu kawasan yang terkenal dengan
keindahan semula jadi sempurna dan kehidupan hijau serta bertenaga.

Inilah intipati yang menggambarkan presint baharu IJM Land yang baru dilancarkan, projek yang menjadi sebahagian pembangunan Fasa 4 Seremban 2 Heights (S2 Heights) di Negeri Sembilan.

“Pengalaman memasuki S2 Heights Aman menawarkan pemandangan yang jarang ditemui
yang mana seperti membawa anda ke bahagian dunia lain dengan serta-merta,” kata Chai Kian Soon, Pengurus Besar Kanan IJM Land.

S2 Heights Aman dibangunkan di kawasan seluas 400 ekar dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM1,585,050,000. Daripada jumlah ini, sejumlah 43 ekar
dikhususkan hanya untuk kawasan hijaun yang subur.