BMW Motorrad Malaysia hari ini telah memperkenalkan M Competition Package untuk jentera BMW M 1000 RR, satu penambahbaikan sporty yang menonjolkan lagi kehandalan
superbike ini untuk pengalaman tunggangan yang tiada bandingannya berserta iras yang lebih mempesonakan.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Sebagai motosikal ber-DNA BMW M yang paling dinanti-nantikan daripada BMW Motorrad, kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa BMW M 1000 RR kini disediakan bersama M Competition Package, mencabar batasan prestasi dalam dunia jentera beroda dua serta menonjolkan inovasi teknikal dan sentuhan kepakaran daripada jenama ini.

Menaik taraf elemen sporty dan keeksklusifan, M Competition Package dirumus khas untuk para penunggang yang mendahagakan keghairahan pengalaman tunggangan seperti di litar lumba, digandingkan dengan penambahbaikan dari sudut kelengkapan dan estetika.

Kami yakin bahawa BMW M 1000 RR baharu akan terus Menjadikan Hidup Sebuah Pengembaraan buat ramai pelanggan setia, pemilik dan peminat jenama ini
di Malaysia.”

Sejak ia dirungkaikan buat julung kali di pasaran Malaysia pada tahun 2021, BMW M 1000 RR muncul sekali lagi dengan lembaran baharu yang menterjemahkan pengalaman tunggangan dari litar lumba ke jalan raya.

Kini dengan M Competition Package, BMW M 1000 RR baharu menampilkan daya aerodinamik serba canggih yang memberikan jentera ini iras yang lebih gah, di samping aneka kelengkapan tambahan berasaskan sport yang menjamin pengalaman tunggangan berprestasi tinggi yang benar-benar memukau.

Memuatkan enjin empat lejang, empat silinder sebaris berkuasa tinggi yang disejukkan dengan air, BMW M 1000 RR memperlihatkan M Engine Protector menerusi M Competition Package.

Dilengkapi dengan teknologi BMW ShiftCam serba inovatif bagi kawalan aci sesondol salur masuk berciri boleh ubah, jentera ini mampu mencatat kelajuan maksimum mencecah 314km/j.

Juga dengan kapasiti sebesar 999ccm, superbike ini membekalkan output sebanyak 156kW (212kk) pada paras 15,100 rpm, menjanjikan pecutan yang mengujakan di setiap selekoh dengan tork maksimum bernilai 113Nm pada paras 11,000 rpm.

BMW M 1000 RR baharu masih membawakan skrin paparan TFT 6.5 inci serba pintar, dikuasakan oleh pengantara OBD bagi M GPS-Laptrigger yang kini disediakan secara standard.

Dengan Pelan Pembiayaan yang disediakan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan BMW M 1000 RR baharu dengan M Competition Package bermula daripada RM3,518.00 sebulan (berdasarkan anggaran pembiayaan Balloon Financing sebanyak 80% bagi tempoh 4 tahun).

Harga runcit (atas jalan, dengan Waranti 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia, tanpa insurans) BMW M 1000 RR baharu dengan M Competition Package ialah:

BMW M 1000 RR Baharu dengan M Competition Package RM 289,500.00