Menghampiri sambutan Hari Kemerdekaan yang akan tiba tidak lama lagi, Continental Tyre Malaysia turut merayakan ulang tahun Negara yang ke-66 ini dengan menawarkan pelbagai promosi eksklusif kepada pelanggan yang ingin membeli tayar baru untuk musim cuti yang akan datang.
Selain tayar Continental, jenama Jerman itu juga memperluaskan tawaran promosi untuk
jenama anak syarikatnya, iaitu rangkaian produk Dunlop dan Viking yang popular di
kalangan pengguna kenderaan di Malaysia.
Sempena pelancaran semula Total Confidence Plan (TCP, Program Waranti Tambahan) baru-baru ini, Continental memperluaskan program ini kepada kedua-dua tayar jenama Dunlop dan Viking yang bersaiz 14” dan ke atas, berkuatkuasa 1 Ogos 2023.
Pengguna produk ini boleh menikmati perlindungan bahaya jalan raya untuk tempoh 12 bulan pertama dari tarikh pembelian, penggantian tayar 1 kepada 1 dan aplikasi mudah alih yang senang digunakan sebagai saluran penyelesaian dan tuntutan sehenti melibatkan
pengedar yang mengambil bahagian di seluruh negara.
Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, Andrea Somorova berkata, memandangkan sokongan padu yang kami terima sejak pelancaran pertama beberapa bulan lalu, kami berbesar hati untuk melanjutkan program Total Confidence Plan (TCP) kami kepada rangkaian produk Dunlop dan Viking disebabkan populariti jenama ini di kalangan rakyat Malaysia.
“Kami berhasrat untuk memberikan keyakinan dan ketenangan fikiran kepada pemandu kenderaan apabila mereka mengembara ke seluruh negara, dengan memberikan jaminan bahawa pengalaman mereka dan keselamatan orang tersayang sentiasa menjadi keutamaan kami. Bersatu kita teguh, marilah kita bersatu sebagai satu keluarga dengan semua rakyat Malaysia sempena Hari Kemerdekaan ini.”
Dari 17 Ogos hingga 30 September, beli sekurang-kurangnya dua (2) tayar jenama Continental, Dunlop atau Viking di mana-mana pengedar yang mengambil bahagian di
seluruh negara atau di kedai Shopee rasmi Continental untuk menebus baucar e-dompet
Touch& Go melalui aplikasi Conti TCP.
Promosi ini terpakai untuk semua kereta penumpang, SUV, MPV dan 4×4 yang mempunyai tayar bersaiz 15” dan ke atas. Ia adalah terhad kepada seorang mengikut nama, IC dan nombor telefon sementara stok masih ada (tertakluk kepada ketersediaan).