Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat milik penuh Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), akhirnya mengumumkan harga rasmi model Modenas Ninja ZX-25R SE ke pasaran.
Harga di Luar Jangkaan – George Kashiwagi, Ketua Pegawai Pemasaran
“Titik harga bukan sahaja menjadi tanda tahap dedikasi Syarikat dalam menyediakan motosikal prestasi bertaraf dunia malahan ia memudahkan lagi rakyat Malaysia untuk memilikinya.”
Kuasa Tiada Tandingan
Pencabar baharu untuk segment motosikal 250cc, Modenas ZX-25R SE ini dikuasakan oleh sebuah enjin 4 silinder sebaris sejukan cecair baharu dengan janaan kuasa maximum pada 12,500 rpm sehingga 17,000 rpm.
Ianya turut dipadankan dengan tangki besar disekelilingnya yang menyebabkan model ini 18kg lebih berat berbanding model Modenas Ninja 250 yang ada dipasaran.
Walaupun reka bentuk ZX-25R SE ini menerima posisi tunggangan sporty yang berinspirasikan model ZX-10R, namun kedudukan handlebarnya tidak terlalu rendah dan ia mampu memberikan tahap keselesaan yang optimum ketika menunggang.
Modenas ZX-25R SE muncul sebagai pendahulu dalam setiap aspek. Daripada estetik yang
menakjubkan kepada ciri terkini seperti kawalan cengkaman, fork USD, brek jenis radial, dan enjin 4 silinder sebaris. ZX-25R SE ini bakal menawan hati setiap peminat jentera dua-roda di negara ini.
Sepatah Dua Kata Daripada Ketua Pegawai Eksekutif – Roslan Roskan
Model ZX-25R SE ini amat simbolik dimana ia menggabungkan inovasi, prestasi dan semangat yang dikongsi bersama Modenas dan Kawasaki. Ia juga turut menjadi titik permulaan baharu dan bakal menukar sejarah dunia permotoran di Malaysia.”
Masih Buka Untuk Tempahan
Bersempena dengan pengumuman ini, tempahan untuk model ini masih lagi dibuka untuk tempahan. Yang berminat untuk menjadi pemilik terawal jentera ZX-25R SE, anda boleh kunjungi pengedar sah Kawasaki All-Star seluruh Malaysia.
Untuk pencarian lebih mudah, anda boleh layari laman sesawang kami di https://www.kawasaki.com.my/kawasaki/all-star.