Kepada para penggemar dan peminat fanatik telefon pintar, ini peluang untuk anda memenangi HONOR Magic5 Pro yang menakjubkan dengan kerjasama RHB!
Ayuh rasai pengembaraan ke dunia teknologi lain dari yang lain dan terpesona dengan kecanggihan ciri HONOR Magic5 Pro yang dinobatkan Telefon Pintar Terbaik 2023 di Mobile World Congress.
Cara untuk menyertai kempen ini? Senang sahaja! Ia semudah mendepositkan sekurang-kurangnya RM500 ke dalam Akaun Semasa atau Simpanan/-i RHB.
Dapatkan 1 penyertaan untuk setiap Baki Purata Bulanan Bertambah RM500 berbanding bulan sebelumnya menjelang 31 Disember 2023. Setiap deposit membawa anda lebih mendekati pengalaman teknologi terunggul. Jangan lepaskan peluang luar biasa ini untuk memiliki Siri HONOR Magic5 yang sangat diidamkan.
Bersedia terpegun dengan ciri-ciri luar biasa HONOR Magic5 Pro yang menjangkaui
batas inovasi telefon pintar. Berikut 3 sebab HONOR Magic5 Pro telefon pintar yang
berkuasa:
1. Falcon Capture – Fotografi Tiada Tandingan
Tingkatkan kemahiran fotografi anda dengan revolusi teknologi Falcon Capture. Rakam
setiap momen dengan pantas dan tepat tanpa terlepas detik-detik berharga. Serlahkan
kreativiti dan realisasikan impian anda dengan HONOR Magic5 Pro.
2. Paparan Perlindungan Mata – Kecemerlangan Keselamatan Visual
Ucapkan selamat tinggal kepada keletihan mata dengan adanya Paparan Perlindungan Mata HONOR Magic5 Pro yang menjadi telefon pintar pertama untuk menerima Pensijilan Mesra Sirkadia TÜV Rheinland. Anda boleh terus menikmati visual menakjubkan dan warna terang tanpa menjejaskan mata dari sinaran cahaya biru.
3. Jangka Hayat Bateri 5100mAh Sepanjang Hari – Menepati Permintaan
Jalani kehidupan seharian tanpa perlu bimbang tentang masalah kehabisan bateri. HONOR Magic5 Pro dikuasakan bateri besar 5100mAh yang membolehkan anda berhubung, berhibur dan menjadi produktif sepanjang hari. Alami penggunaan tanpa sebarang gangguan dengan Siri HONOR Magic5.
Deposit dengan RHB dan dapat peluang besar untuk menang Siri HONOR Magic5!
Jadi apa anda tunggu lagi? Depositkan wang ke dalam Akaun Semasa atau Simpanan RHB anda dari sekarang hingga 31 Disember 2023 untuk memaksimumkan peluang anda memenangi hadiah wang tunai yang lumayan sehingga RM38,888 dan Siri HONOR Magic5 yang terunggul.
Bersedia untuk merasai teknologi masa depan dan nikmati telefon pintar yang tiada tandingan. Untuk keterangan lanjut,sila layari laman web HONOR Malaysia dan laman web RHB hari ini di rhbgroup.com/casahonorcampaign/index.html.Tertakluk kepada terma dan syarat.