Lee Motors Auto Care, wakil yang terkemuka bagi jenama BMW di negeri Kedah dan kawasan sekitar, telah menjalin kerjasama dengan POWERBEE, iaitu anak syarikat milik penuh penyedia solusi tenaga bersih, Solarvest Holdings Berhad.

Ini bagi membekali pelanggan kenderaan elektrik BMW yang baharu sebuah solusi tenaga solar yang eksklusif, menyempurnakan lagi pengalaman pemilikan premium mereka.

Usaha sama ini bermatlamat untuk mendukung para pemilik kenderaan elektrik BMW dengan sebuah pengalaman yang lebih mesra alam lagi lestari. Para pelanggan dapat memanfaatkan sistem PV solar atas bumbung 4.5 kWp yang bernilai RM22,000 secara percuma daripada Solarvest Group.

Eugene Lee, Pengarah Urusan Lee Motors Auto Care berkata, sebagai wakil jenama BMW di Kedah, kami komited untuk membekalkan kepada para pelanggan kami sebuah pengalaman pemilikan premium yang merentasi seluruh produk kami, dan ia termasuk membekalkan keupayaan pengecasan dari sudut yang lebih bertanggungjawab.

Usaha sama kamidengan Solarvest Group memperkukuhkan komitmen kami untuk menawarkan solusi-solusi inovatif lagi lestari, bagi menaik taraf pengalaman pemilikan kenderaan elektrik (EV) dan penggunaan teknologi pengecasan EV yang tercanggih.”

Sementara itu, Davis Chong Chun Shiong, jurucakap yang mewakili Solarvest Holdings Berhad telah menekankan betapa pentingnya kelestarian dalam gagasan kenderaan elektrik, dengan menyatakan “Untuk mengecapi aspirasi kelestarian yang sebenar, adalah penting untuk kita menyokong keperluan tenaga kenderaan elektrik dengan sumber yang bertanggungjawab dan yang boleh diperbaharui.

Di POWERBEE, komitmen kami terletak pada usaha membekalkan solusi-solusi pengecasan EV yang dikuasakan oleh 100% tenaga boleh baharu. Dengan sistem PV solar atas bumbung 4.5kWp, secara purata, tenaga elektrik yang mencukupi dapat dijana untuk lima kali pengecasan penuh setiap sebulan bagi jentera BMW i7, yang bersamaan dengan perjalanan sejauh 3,125km, dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga boleh baharu.

Menerusi kerjasama ini, kami juga sedang meneroka peluang-peluang kolaborasi lain bersama Lee Motors bagi menggiatkan lagi penerimagunaan EV di Malaysia dan bagi memastikan peralihan ke arah mobiliti elektrik didukung dengan tenaga hijau.”