HONOR Magic Vs dan Magic5 mula dijual hari ini selepas dilancarkan pada awal April. Mencari telefon pintar mewah dengan ciri menakjubkan?

HONOR Magic Vs adalah jawapannya. Peranti ini ditawarkan pada harga RM5,999 (12+512GB) dan pembeli akan membawa pulang hadiah bernilai lebih RM1,200 termasuk lanjutan jaminan 1 tahun dan perlindungan skrin retak 180 hari.

HONOR Magic Vs merupakan telefon pintar pertama dan juga satu-satunya di Malaysia yang menawarkan khidmat penggantian dua skrin retak percuma selama 180 hari.

Bagi pengguna yang memilih HONOR Magic5 pula, peranti ini dijual pada harga RM3,499 dengan hadiah percuma bernilai lebih RM700, termasuk HONOR Choice Portable Bluetooth Speaker, jaminan lanjutan 1 tahun, dan perlindungan skrin retak 180 hari.

Jangan terlepas tawaran hebat ini, belilah HONOR Magic Vs dan Magic5 sekarang!

Bermula dari RM4.80 sehari, dapatkan Siri HONOR Magic sekarang

Ingin memiliki Siri HONOR Magic tanpa berbelanja banyak? Mudah sahaja, HONOR Malaysia kini menawarkan pelan ansuran faedah 0% sehingga 24 bulan, dengan harga antara RM4.80 sehari hingga RM5.88 sehari. Tersedia untuk HONOR Magic5 Pro, HONOR Magic Vs dan HONOR Magic5.

Hanya tersedia di HONOR Experience Store terpilih: https://bit.ly/HONORMYExperienceStores

Tiga sebab HONOR Magic Vs membawa revolusi baharu bagi telefon boleh lipat

HONOR Magic Vs telefon boleh lipat pertama HONOR yang dipasarkan di pasaran global dan dinanti-nantikan penggemar teknologi seluruh dunia. Berikut tiga sebab anda perlu dapatkan HONOR Magic Vs:
i. Paparan dalaman dan luaran yang lebih praktikal
Dimegahkan oleh paparan luaran 6.45 inci yang mesra pengguna dengan nisbah aspek
21:9 dan nisbah skrin-ke-badan 90%, HONOR Magic Vs memberi pengguna pengalaman pemandangan yang menakjubkan.

Berbanding dengan pesaing-pesaing lain, HONOR Magic Vs menawarkan paparan luaran yang lebih besar dan lebih lebar untuk keselesaan pengguna melihat skrin dan menaip teks. Dengan paparan dalaman ekstra lebar 7.9 inci, peranti ini memberikan pengalaman seakan sebuah gajet tablet apabila lipatannya dibuka, amat sesuai untuk melakukan pelbagai tugasan dengan lebih efisien dan menikmati kandungan kesukaan anda dengan mudah.

ii. Lebih nipis, tanpa jurang dan engsel tahan lasak
Hanya senipis 12.9mm apabila dilipat dan berat hanya 267g, HONOR Magic Vs nipis dan ringan yang luar biasa bagi telefon pintar boleh lipat. Revolusi Engsel Tanpa Gear Super Ringan ditempa dengan teliti menggunakan teknologi memproses casting kepingan tunggal, menjadikan jumlah komponen yang menyokong struktur engsel berkurang daripada 92 kepada hanya 4.

Engsel telah diuji oleh TÜV Rheinland dan mampu menahan sehingga 400,000 lipatan 2 , bersamaan lebih 10 tahun penggunaan berdasarkan 100 lipatan sehari.

iii. Bateri 5000mAh paling besar dalam kategori telefon lipat bawah 270g
Walaupun sukar untuk memperbesarkan kapasiti bateri bagi peranti boleh lipat ekoran strukturnya yang kompleks, namun dengan rekaan engsel yang inovatif dan kemajuan
teknologi dalam bateri telefon pintar, HONOR Magic Vs mampu menambah baik susun
atur perkakasannya dan meningkatkan kapasiti bateri kepada tahap paling maju dalam
industri.

HONOR Magic Vs memiliki bateri ekstra besar 5000mAh, kapasiti paling besar pernah dicapai dalam kelas sama dengan telefon pintar boleh lipat bawah 270g lain, cukup untuk penggunaan sepanjang hari.

Tiga sebab anda harus beli HONOR Magic5
Di bawah merupakan 3 sebab utama anda perlu dapatkan HONOR Magic5:

i. Falcon Capture
HONOR Magic5 dilengkapi dengan Kamera Utama 54MP, Kamera Ultra Lebar dan Kamera Makro 50MP serta Kamera Telefoto Periskop 32MP. Hasil gabungan Tiga Kamera Utama yang hebat dengan HONOR Image Engine yang dinaiktaraf berkuasa AI, HONOR Magic5 menghasilkan pengalaman fotografi yang luar biasa dengan kamera Milisecond Falcon Capture serba baharu, membolehkan pengguna merakam pemandangan yang kompleks dengan sangat mudah dan jelas.

Kamera ini juga memiliki AI Motion Sensing Capture yang canggih, membolehkan pengguna merakam detik-detik terbaik mereka.

ii. Keselesaan Mata
HONOR Magic5 menampilkan Skrin Apung Kuad Lengkung LTPO 6.73 inci. Bagi melegakan ketegangan mata pengguna, HONOR Magic5 menawarkan ciri-ciri keselesaan mata yang inovatif termasuk Pemalapan Dinamik, Paparan Malam Sirkadia, dan Pemalapan PWM (Pulse With Modulation) 2160Hz, sesuai untuk mereka yang banyak menghabiskan masa menatap telefon pintar.

iii. Bateri Berketumpatan paling tinggi dalam kalangan flagship 2023
HONOR Magic5 dilengkapi dengan bateri 5100mAh iaitu bateri Ketumpatan Tinggi Ultra yang pertama dalam industri yang mampu menyokong jangka hayat bateri sepanjang hari, dengan berat yang munasabah. Menyokong HONOR SuperCharge 66W, pengguna tidak perlu risau lagi tentang masalah kehabisan bateri.