Didorong oleh pelan jangka panjang untuk terus berinovasi demi mobiliti inklusif, Setel memperkenalkan versi ringan dikenali sebagai Setel Lite yang mempunyai saiz muat turun yang kecil, boleh digunakan pada peranti Android yang dilengkapi dengan Android 4.4 atau EMUI 3 ke atas.
Ia mampu berfungsi dengan sambungan internet yang perlahan seperti EDGE, 2G dan 3G sekaligus memberikan pengalaman mengisi petrol yang lebih ringkas serta lancar buat pengguna.
Pengguna Setel Lite masih boleh menggunakan Dompet Setel untuk membayar petrol dari
kenderaan mereka, memperoleh sehingga 3x mata ganjaran Mesra dengan pembayaran petrol dan menyemak mata ganjaran Mesra seperti aplikasi Setel versi penuh.
Pengguna juga boleh menambah nilai Dompet Setel menggunakan wang tunai melalui e-baucar yang boleh dibeli di stesen PETRONAS di seluruh negara dan perbankan dalam talian.

Selain itu, pengguna Dompet Keluarga yang membayar petrol untuk ahli keluarga, boleh menggalakkan mereka menggunakan Setel Lite sekiranya versi ringan aplikasi Setel ini lebih sesuai dengan pilihan dan keperluan mereka.
Mazlin Erawati Ab Manan, Ketua Pegawai Eksekutif Setel berkata, “Berpegang kepada
matlamat untuk sentiasa memberi kepuasan kepada pelanggan dalam semua usaha yang
dilakukan, Setel Lite dibina hasil daripada maklumbalas pelanggan, memahami kesukaran urus niaga yang mereka hadapi dan sentiasa berinovasi demi mobiliti inklusif.
Menerusi Setel Lite, kami berharap dapat menjadikan pengalaman mengisi petrol lebih mudah diakses dan mesra pengguna kepada segmen komuniti yang kurang diberi perhatian dan mereka yang mempunyai isu sambungan selular serta fungsi telefon yang terhad.
Setel Lite juga berharap dapat mengurangkan kebimbangan dalam penggunaan aplikasi untuk mengisi petrol disebabkan oleh ciri-ciri yang canggih, terutamanya dalam kalangan warga emas.
Setel Lite juga merupakan satu inisiatif mendorong ke arah masyarakat tanpa tunai untuk pelanggan yang sering bergantung kepada penggunaan tunai.”
Selain daripada muka aplikasi yang dipermudahkan, Setel Lite direka dengan fungsi utamanya dikekalkan iaitu pengisian petrol, pengumpulan dan penyemakan mata ganjaran Mesra serta mengekalkan ciri pembayaran Dompet Keluarga.





































