Melangkah tahun 2023, jenama global terkemuka HONOR tidak menunggu lama untuk memperkenalkan peranti bertaraf premium yang pertama kali ditawarkan kepada umum.
Ini kerana, HONOR sebelum ini dianggap peranti mampu milik dengan ciri yang ‘biasa-biasa’ namun pengenalan peranti terbaharu HONOR Magic5 Pro mengubah perspektif 360 darjah persepsi masyarakat umum.
George Zhao, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co, Ltd tidak teragak-agak membandingkan peranti ini dengan peranti premium keluaran Samsung iaitu Galaxy S23 Ultra ketika memperkenalkan peranti itu kepada media di seluruh dunia yang menghadiri Mobile World Congress (MWC) 2023 yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol.

Meskipun harga sebenar belum diperkenalkan, peranti ini dijangka dipasarkan pada harga anggaran RM3,000 hingga RM4,000 yang agak setanding dengan peranti premium keluarga gergasi peranti dari Korea Selatan.
HONOR Magic5 Pro ini tampil dengan peningkatan ketara dan mengetengahkan kejayaan mengagumkan dalam rekaan, paparan, fotografi dan prestasi, sekaligus menewaskan beberapa penanda aras industri untuk memberikan pengalaman pengguna terbaik dalam kelasnya yang tersendiri.
Paling mengujakan, peranti ini berada dalam kedudukan Nombor Satu Dalam Penarafan Paparan Telefon Pintar DXOMARK dan rekaan Simetri dengan Skin Apung Kuad Lengkung.
Prebiu.com turut terpilih untuk menjadi portal terawal yang diberi penghormatan menguji peranti ini sebelum harganya diumumkan secara rasmi di negara ini.

Pertamanya, peranti ini dilengkapi dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, kamera utama 50MP dan bateri sebesar 5100mAh.
Rekaan Skrin
Rekaan simetri ikonik peranti ini menggunakan skrin sebesar 6.81-inci LTPO Skin Apung Kuad Lengkung dengan kadar segar semula standard 120Hz bersama resolusi 1312 x 2848 piksel serta 1.07 bilion warna.
Peranti ini menampilkan Paparan LTPO 6.81 inci dengan Skrin Apung Kuad Lengkung yang unik, menjanjikan pengalaman pemandangan mengasyikkan kepada pengguna sama ada ketika melayari, bermain permainan mudah alih atau membaca.
Rekaan peranti ini dalam ukuran sebenar ialah 162.9mm (tinggi) x 76.7mm (lebar) dan tebal 8.77mm serta berat hanya 8.77mm termasuk bateri yang memberikan keselesaan ketika peranti ini disimpan dalam kocek seluar.

Peranti berwarna Meadow Green pada peranti ini kelihatan berkilauan ketika terkena cahaya dan permukaan yang kusam tidak meninggalkan kesan cap jari sekali gus memberikan keselesaan kepada pengguna.
Satu lagi ciri menarik ialah rekaan lensa tri-kamera belakangnya yang bulat dibaluti bingkai logam yang lengkap dengan lampu flash.
Menurut HONOR, ketika sesi pra pelancaran globalnya yang diadakan di Kuala Lumpur dan dipancarkan secara dalam talian terus dari Barcelona, rekaan tiga kamera Star Wheel ini diilhamkan daripada gambaran lubang hitam (Black Hole) di angkasa lepas dan rekaannya memang kelihatan begitu menonjol sekali gus menampilkan ciri premium tersendiri.

Siri HONOR Magic5 dilengkapi Teknologi Novel Display Luminance Enhancement dan mempunyai tahap kecerahan sehingga 1800nits untuk kejelasan visual walaupun berada di bawah cahaya matahari terang.
HONOR Magic5 Pro mampu mengurangkan cahaya biru kerana skrinnya diiktiraf
pensijilan TÜV Rheinland dan Pemalapan Dinamik yang merangsang cahaya semula jadi untuk melegakan keletihan mata.
Ciri-ciri inovatif keselesaan mata lain termasuklah Paparan Malam Sirkadian bagi memperbaiki kualiti tidur dan paparan LTPO pertama dalam industri dengan teknologi Pemalapan PWM 2160Hz untuk mengurangkan kerdipan skrin, sesuai bagi individu yang banyak menghabiskan masa menghadap skrin telefon pintar.
Ciri Kamera
Spesifikasi kamera lebarnya 50MP (f/1.6) + kamera ultra lebar 50MP (f/2.0) dan kamera telefoto 50MP (f/3.0) manakala kamera swafoto pula sebesar 12MP (f/2.4) dengan ciri beauty dan bokeh.
Gabungan Tiga Kamera Star Wheel yang berkuasa bersama HONOR Image Engine
yang dinaiktaraf berkuasa AI melayakkan HONOR Magic5 Pro berada di kedudukan
pertama dalam Penarafan Kamera Telefon Pintar DXOMARK.

Antar mod kamera yang disertakan ialah Falcon Capture untuk menangkap gambar dengan pantas, AI Motion Sensing dan kemampuan rakaman video IMAX Enhanced. Dengan ciri-ciri ini Honor berharap Magic5 Pro boleh menjadi peranti dengan kamera yang berkemampuan tinggi.
Ultra Fusion Computational Optics, iaitu algoritma pengkomputeran optik yang
melengkapkan sistem kamera menambah baik kejelasan imej dengan ketara pada zum 3.5x hingga 100x, sekaligus menjadikan peranti ini jauh lebih baik berbanding telefon pintar lain di pasaran.
Ciri swafoto bokeh akan meningkatkan pencahayaan pada imej dan secara automatik menjadikan latar belakang kabur.

Dilengkapi dengan HONOR Image Engine serba baharu, HONOR Magic5 Pro memperkenalkan algoritma Millisecond Falcon Capture baharu yang membolehkan
pengguna merakam pemandangan kompleks dengan mudah dan jelas.
Pengguna juga boleh merakam pemandangan cahaya rendah dengan jelas dengan cepat menggunakan Super Night Capture. Di samping itu, Siri HONOR Magic5 memiliki AI Motion Sensing Capture yang mampu mengesan secara automatik titik tertinggi lompatan dan menangkap gambar dalam definisi ultra tinggi.
Bagi membuktikan kebekasanan teknologi tersebut, HONOR telah dipilih sebagai rakan telefon pintar Guinness World Records untuk merakam percubaan rekod dunia dengan melakukan Jaringan Antara Kaki Paling Tinggi Dunia.

Ia turut dipadankan dengan memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB serta menyokong sistem pengecasan pantas berwayar 66W.
Saiz sensor turut ditingkatkan untuk prestasi penderiaan cahaya lebih tinggi, seterusnya membolehkan sistem kamera menghasilkan gambar yang sangat jelas, tidak kira apa jua keadaan cahaya.
Dengan Dual Luminance Calibration untuk kecerahan persekitaran dalaman 120nits dan kecerahan luaran 800nits, HONOR Magic5 Pro menawarkan ketepatan paparan warna terbaik dalam industri.
Peranti ini juga menampilkan Cipset Paparan Diskret bagi meningkatkan kualiti visual imej yang bergerak. Selain menawarkan kesan julat dinamik tinggi (HDR) yang sentiasa terpasang untuk kejelasan video, cipset tersebut menghasilkan kadar framerate tinggi dengan penggunaan kuasa rendah untuk pengalaman permainan mudah alih lebih lancar dan lama.
Peranti ini diiktiraf HDR10+ dan IMAX Enhanced bagi membolehkan pengguna menikmati video dan filem dengan kualiti gambar yang dioptimumkan.
Storan
HONOR Magic5 Pro menyokong penstoran dalaman 512GB, cukup untuk menampung simpanan gambar dalam jumlah piksel yang besar dan dioperasikan oleh MagicOS 7.1 terkini berasaskan Android 13.

Peranti ini menawarkan beberapa ciri pintar seperti MagicRing untuk Kolaborasi Multiperanti dan Magic Text untuk pengecaman teks secara pintar bagi membantu pengguna meningkatkan produktiviti kerja.
Ciri AI
Dilengkapi dengan teknologi AI (kecerdasan buatan) dan dikuasakan oleh Snapdragon® 8 Gen 2 Mobile Platform terbaharu, HONOR Magic5 Pro menghasilkan prestasi flagship tiada tandingan, meningkatkan produktiviti dan hiburan sepanjang masa.
Bagi memudahkan pencipta muda menghasilkan rakaman sinematik, Siri HONOR Magic5 menampilkan IMAX Enhanced Movie Master untuk pengguna menghasilkan dan menyunting video mengagumkan menggunakan telefon pintar.
Privasi dan Keselamatan yang Dipertingkatkan untuk Perlindungan Menyeluruh peranti ini menampilkan Sistem Keselamatan Dwi-TEE yang dibina secara bersama dengan Qualcomm yang memberi perlindungan tahap perkakasan untuk data pengguna.

Dilengkapi Cipset Keselamatan Diskret, Siri HONOR Magic5 menawarkan keselamatan maksimum untuk kata laluan dan biometrik seperti pengecaman muka dan cap jari.
Membawakan AI Privacy Call 2.0 8 yang ditambah baik dan penyelesaian terhebat HONOR kepada masalah ketirisan bunyi, HONOR Magic5 Pro memperkenalkan teknologi Sound Energy Spatial Control pertama dalam industri yang menghasilkan gelombang bunyi berlawanan bagi menghalang ketirisan bunyi pada panggilan telefon peribadi.
Selain 100% penambahbaikan pada volum panggilan untuk pengalaman komunikasi yang lebih jelas, AI Privacy Call 2.0 juga memastikan tiada sesiapa mencuri dengar perbualan antara pemanggil dengan pengguna walaupun berada dalam lif yang dipenuhi ramai orang.
Ciri Premium
Magic5 Pro turut melepasi piawaian IP68 yang membolehkan ia kalis debu dan air sepenuhnya. Dari segi rekaan tiada kompromi diambil oleh Honor tahun ini dengan segalanya setanding dengan peranti mercu lain di pasaran.

Dengan binaan antena tunggal Wi-Fi dan Bluetooth pertama dalam industri, HONOR Magic5 Pro meningkatkan prestasi Wi-Fi sehingga 200% dan mengurangkan kependaman Wi-Fi sebanyak 30% berbanding antena tradisional, sekaligus memudahkan urusan pengguna untuk bekerja dan bermain.
Disokong HONOR SuperCharge 66W Berwayar dan 50W Wayarles, peranti ini dimuatkan bateri besar 5100mAh bagi penggunaan seharian tanpa gangguan.
HONOR Magic5 Pro dioperasikan oleh MagicOS 7.1 terkini berasaskan Android 13 dan menawarkan beberapa ciri pintar seperti MagicRing untuk Kolaborasi Multiperanti dan Magic Text untuk pengecaman teks secara pintar bagi membantu pengguna meningkatkan produktiviti kerja.
Kesimpulan
Sebenarnya, banyak ciri inovatif pada peranti ini yang mahu dihuraikan dan cukup berbaloi dimiliki setanding dengan harganya kerana memiliki peranti ini akan menjadi lebih kreatif khususnya dalam aspek penghasilkan gambar mengikut citarasa dikehendaki.
Meskipun berstatus ‘kayangan’ ciri yang ada pada peranti ini hampir sama dengan ciri pada peranti kelas pertengahan dimana peranti ini turut dilengkapi ciri keselamatan terkini termasuk ciri biometrik pengecaman wajah dan imbasan cap jari.

Diiktiraf oleh Pensijilan TÜV Rheinland, peranti ini juga padat dengan teknologi cahaya biru rendah untuk mengurangkan cahaya biru yang berbahaya, sesuai untuk mereka yang menghabiskan masa lama pada paparan telefon.
HONOR Magic5 Pro ditawarkan dalam pilihan warna Black dan Meadow Green, sementara HONOR Magic5 didapati dalam warna Black dan Blue.
Apa yang ada dalam kotak peranti ini? Anda akan dibekalkan dengan sebuah pengecas pantas 66W yang lengkap jenis C dan ‘cover’ jenis silikon yang eksklusif dengan tanda nama HONOR.
Siri HONOR Magic5 boleh didapati bermula suku kedua 2023. HONOR Magic 5 bermula pada harga €899 untuk 8GB+256GB, manakala HONOR Magic5 Pro bermula pada harga €1199 bagi versi 12GB+512GB.
HONOR Magic VS pula boleh didapati dalam warna mempesona Cyan dan Black 26. HONOR Magic Vs dijual pada harga bermula €1599. Pengumuman mengenai ketersediaan peranti ini akan dibuat pada masa terdekat.
Bagaimanapun, harga rasmi bagi peranti ini belum diumumkan lagi. Untuk maklumat lanjut, sila layari kedai dalam talian HONOR di www.hihonor.com.



























































































