BMW Malaysia hari ini telah memperkenalkan BMW X7 xDrive40i Pure Excellence baharu untuk pasaran Malaysia, menjulang janji “Sheer Driving Pleasure” ke aras yang lebih tinggi bagi segmen SAV premium, menerusi kenderaan yang diberi jolokan, “The President” oleh pengeluar kenderaan premium tersebut – kini tampil dengan keupayaan digitalisasi dan unsur rekaan yang lebih hebat.
Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Aspek kemewahan
secara progresifnya terus menjadi fokus kami di BMW Group, dan mengikut peredaran
masa, kami memperhalusi erti kemewahan yang mendefinisikan portfolio kenderaan kami
yang tercanggih.
BMW X7 membuktikan kenyataan ini, menjadi cerminan kemewahan progresif yang sebenar – membekalkan prestasi, estetika dan juga keupayaan pemanduan yang mengagumkan.”
BMW X7 yang terkini mempunyai iras yang baharu, disumbang oleh rekaan pada wajahnya
yang menggandakan bilangan lampu hadapan, justeru menonjolkan bahasa reka bentuk
yang baharu oleh BMW untuk kelas mewah.
Turut menjadi tumpuan ialah ruang interior jentera ini – memuatkan BMW Curved Display serta Sistem Operasi BMW 8 – yang telah dikemas kini untuk membawakan keupayaan keterhubungan yang lebih canggih, di samping aneka perkhidmatan digital dan juga sistem bantuan.
Konfigurasi enam tempat duduk di samping dua unit kerusi “kapten” khas di baris kedua dirumus untuk memaksimumkan keselesaan penumpang, sementara pengalaman pemanduan secara keseluruhannya dinaik taraf dengan enjin petrol “mild hybrid” 48 volt yang baharu.
Harga runcit bagi BMW X7 xDrive40i Pure Excellence baharu dengan Waranti Lanjutan 5
Tahun dan Pakej Servis, termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa
insurans) ialah: BMW X7 xDrive40i Pure Excellence Baharu RM 654,800.00