Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Malaysia Justin Li mengesahkan jenama tersebut sedang mempertingkatkan persiapan untuk ketibaan dua flagship terbaharu, Siri HONOR Magic5 dan telefon boleh lipat HONOR Magic Vs yang dijangka dipasarkan di Malaysia pada April ini.

Kedua-dua telefon flagship ini masih menjadi bualan penggemar teknologi dan media seluruh dunia susulan pelancaran di Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2023, baru-baru ini.

Pada MWC, Siri HONOR Magic 5 dan Magic Vs telah mengondol sebanyak 42 anugerah sebagai peranti Terbaik Di MWC. Sudah pasti, perkenalan Siri HONOR Magic 5 dan Magic Vs kepada dunia menjadi tajuk utama media antarabangsa dan pengumuman dua peranti tersebut bakal tiba ke Malaysia membuat peminat tidak sabar memiliki kedua-duanya.

Li berkata, Malaysia dipilih sebagai negara pertama di luar China untuk menjual model Siri HONOR Magic 5 dan HONOR Magic Vs.

Berikut jangkaan daripada dua telefon pintar berkuasa terbaharu HONOR:

HONOR Magic5 Pro – Nombor 1 dalam Kedudukan Kamera dan Paparan Telefon Pintar DXOMARK

Fungsi paling menonjol pada HONOR Magic5 Pro adalah rekaan Tiga Kamera Star Wheel yang melayakkannya menjadi nombor 1 dalam Kedudukan Kamera Telefon Pintar DXOMARK untuk HONOR Image Engine yang dinaiktaraf berkuasa AI.

HONOR Magic5 Pro menghasilkan pengalaman fotografi mengagumkan menerusi sistem Tiga Kamera Utama yang terdiri daripada Kamera Lebar 50MP, Kamera Ultra Lebar 50MP dan Kamera Telefoto 50MP.

Saiz sensor lebih besar membolehkan foto dirakam dengan lebih teliti walaupun dalam cahaya rendah. Kehebatan Super Night Capture membolehkan pengguna merakam suasana cahaya rendah yang jelas dengan pantas.

Sebagai tambahan, Siri HONOR Magic5 menonjolkan AI Motion Sensing Capture 1 yang mampu mengesan titik lompatan paling tinggi dan menangkap bingkai tersebut dalam definisi ultra tinggi.

Mengenai paparan pula, HONOR Magic5 Pro mempunyai Paparan LTPO 6.81 inci dengan Skrin Terapung Kuad Lengkung yang memberi pengalaman menonton mengasyikkan ketika melayari internet, bermain game dan membaca.

Menampilkan teknologi Novel Display Luminance Enhancement serba baharu, pengguna dapat melihat skrin dengan jelas walaupun berada di bawah pancaran cahaya matahari
dengan tahap kecerahan sehingga 1800nits.

HONOR Magic5 Pro juga menawarkan beberapa ciri-ciri keselesaan mata inovatif antaranya Paparan Malam Sirkadia untuk memperbaiki kualiti tidur dan paparan LTPO pertama dalam industri dengan teknologi Pemalapan PWM 2160Hz 2 bagi mengurangkan kerdipan skrin, sesuai untuk golongan yang banyak menghabiskan masa menggunakan telefon pintar.

HONOR Magic Vs – Telefon Boleh Lipat Ternipis Tanpa Jurang Untuk Elit Perniagaan

HONOR Magic Vs membawa pengalaman telefon boleh lipat ke tahap baharu dengan kemunculan sulung di luar pasaran China, menyasarkan untuk menjadi fenomena global dengan menawarkan gabungan stail dan kemewahan.

Peranti ini direka untuk meningkatkan produktiviti menerusi paparan luar 6.45 inci yang mesra pengguna dengan nisbah aspek 21:9 dan 90% nisbah skrin ke badan.

Apabila dibuka, pengguna merasai pengalaman seperti mengguna tablet dengan paparan dalam selebar 7.9 inci, memudahkan berbilang tugas dan melihat kandungan dengan mudah.

HONOR Magic Vs juga dilengkapi penyelesaian keselesaan mata lanjutan seperti Pemalapan Dinamik, Paparan Malam Sirkadia dan Pemalapan PWM 1920Hz yang mengurangkan keletihan dan ketegangan mata.

Antara ciri-ciri HONOR Magic Vs paling mengagumkan adalah bateri berkapasiti 5000mAh, paling besar antara telefon boleh lipat bawah berat 270g di pasaran sekarang. Pengguna berpuas hati menikmati penggunaan HONOR Magic Vs untuk tempoh lebih lama tanpa bimbang perlu mengecasnya dengan kerap.

Rasai pengalaman baharu yang ditawarkan HONOR Magic5 Pro dan HONOR Magic Vs hanya di https://bit.ly/HONORMagicDualFlagship. Jangan lepaskan peluang menaiktaraf telefon pintar anda dengan teknologi peranti terbaik di pasaran. Lawati kami hari ini!