Syarikat penerbangan tambang rendah dengan kumpulan pesawat terbesar, rangkaian terluas dan tambang terendah, AirAsia kini kembali mengumumkan Jualan Tempat Duduk PERCUMA* dengan 10 juta tempat duduk ke pelbagai destinasi di seluruh dunia.

Mulai sekarang hingga 19 Mac 2023, para tetamu boleh menerokai keindahan destinasi domestik seperti Langkawi, Pulau Pinang, Johor Bahru dan banyak lagi bermula RM23* sehala.

Tempat duduk untuk destinasi yang menarik di seluruh Asean seperti Jakarta, Bali, Bangkok, Ho Chi Minh, dan banyak lagi juga tersedia untuk tempahan bermula RM60* sehala.

Jualan ini akan tamat pada Ahad, 19 Mac 2023 untuk tempoh perjalanan antara 4 September 2023 dan 13 Ogos 2024. Rancang percutian lebih awal untuk mendapatkan tawaran bernilai terbaik!

Terbang lebih jauh bersama-sama AirAsia X untuk menerokai keindahan pantai di Perth, syurga makanan dan membeli belah Taipei dan bandar menarik Tokyo dengan tambang termasuk semua bermula RM329* sehala.

Nikmati tempat duduk Premium Flatbed ke destinasi-destinasi ini dan banyak lagi bermula RM1,299. Promosi ini hanya sah mulai sekarang hingga 19 Mac 2023, untuk perjalanan antara 4 September 2023 dan 9 Julai 2024.

Penerbangan AirAsia ke China yang baru sahaja disambung semula juga tersedia untuk jualan. Terbang dari Kuala Lumpur ke Hangzhou, Shanghai, Beijing (Daxing), Guangzhou, Shenzhen dan Kunming daripada RM599* sehala, dari Kota Kinabalu ke Guangzhou dan Shenzhen daripada RM299* sehala dan dari Johor Bahru ke Guangzhou daripada RM469* sehala.

AirAsia juga telah bekerjasama dengan BigPay untuk menawarkan pengguna BigPay diskaun 5% untuk semua penerbangan AirAsia selama setahun dengan menggunakan kod promosi “BIGPAY5”. Untuk maklumat lanjut bagi promosi eksklusif ini, layari: https://bigpay.link/bigpayxAA5

Karen Chan, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia berkata: “Kempen ‘Tempat Duduk PERCUMA*’ AirAsia ini adalah bukti keyakinan kami bagi pertumbuhan berterusan pada tahun 2023 dan komitmen kami dalam menyediakan tambang bernilai hebat.

Kami telah menyaksikan lonjakan besar dalam permintaan perjalanan pada tahun 2023 dan kami akan meneruskan visi untuk menjadikan penerbangan mampu milik dan boleh diakses oleh semua. Kami telah bekerja keras selama beberapa tahun kebelakangan ini dan kini bangkit semula.

Saiz adalah penting dan mempunyai salah satu kumpulan pesawat terbesar dan rangkaian terluas di rantau ini, yang membolehkan kami memberikan lebih penjimatan kepada para tetamu. Kami mensasarkan keseluruhan jumlah pesawat kami akan kembali terbang sebelum penghujung tahun 2023.

Itulah sebabnya kami dapat menawarkan 10 juta tempat duduk pada kali ini untuk membolehkan orang ramai merancang percutian akhir tahun dan tahun baharu mereka lebih awal pada tambang rendah, kerana AirAsia mampu melakukannya.