Jenama teknologi global HONOR melancarkan teknologi pendekatan berpusatkan manusia terbaharu Teknokogi untuk Inspirasi di Mobile World Congress (MWC) 2023 yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol hari ini.
Pada acara tersebut, HONOR turut mengumumkan Siri HONOR Magic5 baharu yang
menawarkan pengalaman telefon pintar Flagship sebenar kepada pengguna seluruh
dunia.
“HONOR berkomited memenuhi kehendak sebenar pengguna dengan mengambil
pendekatan berpusatkan manusia dalam inovasi produk, selain menawarkan
penyelesaian teknologi intuitif untuk menambahbaik kehidupan seharian manusia,” kata George Zhao, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co, Ltd.
Zhao berkata, telefon pintar flagship terbaharu HONOR Magic5 Pro dan telefon boleh lipat flagship terbaharu HONOR Magic Vs kini dilancarkan di pasaran dunia.
Ini mendorong penanda aras industri dalam setiap aspek pengalaman pengguna telefon pintar, sejajar dengan visi kita untuk membolehkan setiap individu menjalani kehidupan pintar.
Memperkenalkan flaghsip Dark Horse, HONOR Magic5 Pro
HONOR Magic5 Pro diberikan peningkatan ketara dan mengetengahkan kejayaan
mengagumkan dalam rekaan, paparan, fotografi dan prestasi, sekaligus menewaskan beberapa penanda aras industri untuk memberikan pengalaman pengguna terbaik dalam kelasnya yang tersendiri.
Nombor 1 Dalam Penarafan Paparan Telefon Pintar DXOMARK: Rekaan Simetri
dengan Skin Apung Kuad Lengkung
Sebagai tanda penghormatan kepada Antoni Gaudi, HONOR Magic5 Pro menampilkan bezel bersimetri dwi lengkung ultra sempit pada kedua-dua sisi dan rekaan tiga kamera Star Wheel di tengah bahagian belakang.
Rekaan ini dilham daripada lengkungan indah landskap dan seni bina moden, memaparkan gabungan seni dan teknologi secara harmoni.
HONOR Magic5 Pro menampilkan Paparan LTPO 6.81 inci dengan Skrin Apung Kuad Lengkung yang unik, menjanjikan pengalaman pemandangan mengasyikkan kepada pengguna sama ada ketika melayari, bermain permainan mudah alih atau membaca.
Siri HONOR Magic5 dilengkapi Teknologi Novel Display Luminance Enhancement dan mempunyai tahap kecerahan sehingga 1800nits untuk kejelasan visual walaupun berada di bawah cahaya matahari terang.
Dengan Dual Luminance Calibration untuk kecerahan persekitaran dalaman 120nits dan kecerahan luaran 800nits, HONOR Magic5 Pro menawarkan ketepatan paparan warna terbaik dalam industri.
HONOR Magic5 Pro juga menampilkan Cipset Paparan Diskret bagi meningkatkan
kualiti visual imej yang bergerak. Selain menawarkan kesan julat dinamik tinggi (HDR) yang sentiasa terpasang untuk kejelasan video, cipset tersebut menghasilkan kadar framerate tinggi dengan penggunaan kuasa rendah untuk pengalaman permainan mudah alih lebih lancar dan lama.
Peranti ini diiktiraf HDR10+ dan IMAX Enhanced bagi membolehkan pengguna menikmati video dan filem dengan kualiti gambar yang dioptimumkan.
HONOR Magic5 Pro mampu mengurangkan cahaya biru kerana skrinnya diiktiraf
pensijilan TÜV Rheinland 4 dan Pemalapan Dinamik yang merangsang cahaya semula jadi untuk melegakan keletihan mata.
Ciri-ciri inovatif keselesaan mata lain termasuklah Paparan Malam Sirkadian bagi memperbaiki kualiti tidur dan paparan LTPO pertama dalam industri dengan teknologi Pemalapan PWM 2160Hz 5 untuk mengurangkan kerdipan skrin, sesuai bagi individu yang banyak menghabiskan masa menghadap skrin telefon pintar.
Nombor 1 Dalam Penarafan Kamera Telefon Pintar DXOMARK: Keupayaan
Fotografi dan Videografi Tiada Tandingan
Gabungan Tiga Kamera Star Wheel yang berkuasa bersama HONOR Image Engine
yang dinaiktaraf berkuasa AI melayakkan HONOR Magic5 Pro berada di kedudukan
pertama dalam Penarafan Kamera Telefon Pintar DXOMARK.
Dengan memperkenalkan pengalaman fotografi yang tiada tandingan, HONOR Magic5 Pro menampilkan gabungan Tiga Kamera Utama yang terdiri daripada Kamera Lebar 50MP, Kamera Ultra Lebar 50MP, serta Kamera Telefoto 50MP.
Saiz sensor turut ditingkatkan untuk prestasi penderiaan cahaya lebih tinggi, seterusnya membolehkan sistem kamera menghasilkan gambar yang sangat jelas, tidak kira apa jua keadaan cahaya.
Ultra Fusion Computational Optics, iaitu algoritma pengkomputeran optik yang
melengkapkan sistem kamera menambah baik kejelasan imej dengan ketara pada zum 3.5x-100x, sekaligus menjadikan peranti ini jauh lebih baik berbanding telefon pintar lain di pasaran.
Dilengkapi dengan HONOR Image Engine serba baharu, HONOR Magic5 Pro memperkenalkan algoritma Millisecond Falcon Capture baharu yang membolehkan
pengguna merakam pemandangan kompleks dengan mudah dan jelas.
Pengguna juga boleh merakam pemandangan cahaya rendah dengan jelas dengan cepat menggunakan Super Night Capture. Di samping itu, Siri HONOR Magic5 memiliki AI Motion Sensing Capture yang mampu mengesan secara automatik titik tertinggi lompatan dan menangkap gambar dalam definisi ultra tinggi.
Bagi membuktikan kebekasanan teknologi tersebut, HONOR telah dipilih sebagai rakan telefon pintar Guinness World Records untuk merakam percubaan rekod dunia dengan melakukan Jaringan Antara Kaki Paling Tinggi Dunia.
Bagi memudahkan pencipta muda menghasilkan rakaman sinematik, Siri HONOR
Magic5 menampilkan IMAX Enhanced Movie Master untuk pengguna menghasilkan
dan menyunting video mengagumkan menggunakan telefon pintar.
Privasi dan Keselamatan yang Dipertingkatkan untuk Perlindungan Menyeluruh
HONOR Magic5 Pro menampilkan Sistem Keselamatan Dwi-TEE yang dibina secara
bersama dengan Qualcomm yang memberi perlindungan tahap perkakasan untuk data pengguna.
Dilengkapi Cipset Keselamatan Diskret, Siri HONOR Magic5 menawarkan keselamatan maksimum untuk kata laluan dan biometrik seperti pengecaman muka dan cap jari.
Membawakan AI Privacy Call 2.0 8 yang ditambah baik dan penyelesaian terhebat HONOR kepada masalah ketirisan bunyi, HONOR Magic5 Pro memperkenalkan
teknologi Sound Energy Spatial Control pertama dalam industri yang menghasilkan
gelombang bunyi berlawanan bagi menghalang ketirisan bunyi pada panggilan telefon peribadi.
Selain 100% penambahbaikan pada volum panggilan untuk pengalaman komunikasi yang lebih jelas, AI Privacy Call 2.0 juga memastikan tiada sesiapa mencuri dengar perbualan antara pemanggil dengan pengguna walaupun berada dalam lif yang dipenuhi ramai orang.
Prestasi Flagship Dikuasakan Teknologi Termaju
Dikuasakan oleh Snapdragon® 8 Gen 2 Mobile Platform terbaharu, HONOR Magic5
Pro menghasilkan prestasi flagship tiada tandingan, meningkatkan produktiviti dan
hiburan sepanjang masa.
Dengan binaan antena tunggal Wi-Fi dan Bluetooth pertama dalam industri, HONOR Magic5 Pro meningkatkan prestasi Wi-Fi sehingga 200% dan mengurangkan kependaman Wi-Fi sebanyak 30% berbanding antena tradisional, sekaligus memudahkan urusan pengguna untuk bekerja dan bermain.
Disokong HONOR SuperCharge 66W Berwayar dan 50W Wayarles, HONOR Magic5
Pro dimuatkan bateri besar 5100mAh bagi penggunaan seharian tanpa gangguan.
HONOR Magic5 Pro dioperasikan oleh MagicOS 7.1 terkini berasaskan Android 13 dan menawarkan beberapa ciri pintar seperti MagicRing untuk Kolaborasi Multiperanti dan Magic Text untuk pengecaman teks secara pintar bagi membantu pengguna meningkatkan produktiviti kerja.
Membawa Telefon Boleh Lipat HONOR Magic Vs ke Pasaran Global
Kini telefon boleh lipat flagship pertama HONOR ditawarkan di pasar global. HONOR
Magic Vs menampilkan rekaan luar biasa, paparan dan prestasi yang dipertingkatkan, seterusnya menyediakan pengalaman telefon pintar ke tahap lebih baik.
HONOR Magic Vs peneman terbaik usahawan serta individu yang mengutamakan hiburan mudah alih. Peranti ini menawarkan gabungan gaya dan kemewahan luar biasa.
Mudah Alih yang Kukuh: Memperkenalkan Rekaan Engsel Inovatif
HONOR Magic Vs sangat nipis dan ringan dengan ukuran hanya setebal 12.9mm apabila dilipat dan berat 267g. Namun begitu, HONOR Magic Vs dimuatkan bateri berkapasiti 5000mAh, paling besar dalam kalangan telefon boleh lipat di bawah 270g dalam pasaran sekarang.
Faktor pembuatan HONOR Magic Vs yang ringan hasil daripada revolusi Engsel Tanpa Gear Super Ringan yang direka dengan teliti menggunakan teknologi acuan kepingan tunggal dan mengurangkan jumlah komponen daripada 92 dalam generasi terdahulu sehingga kepada 4.
Memiliki ketahanan luar biasa, engsel HONOR Magic Vs mampu bertahan sehingga 400,000 lipatan selepas diuji oleh TÜV Rheinland iaitu bersamaan lebih 10 tahun penggunaan dengan 100 kali lipatan sehari, mencipta satu penanda aras baharu bagi rekaan telefon boleh lipat.
Kecanggihan struktur engsel membolehkan lipatan HONOR Magic Vs tertutup erat
tanpa jurang dan apabila dibuka, skrin hampir rata keseluruhannya. Ciri sebegini tiada ditawarkan pesaing peranti boleh lipat lain dalam pasaran.
Dwi Paparan Menawarkan Pengalaman Tontonan Luar Biasa
Bagi meningkatkan produktiviti ke tahap maksimum, HONOR Magic Vs menampilkan ciri-ciri mesra pengguna menerusi paparan luaran 6.45 inci dengan kadar nisbah 21:9 dan nisbah skrin ke badan 90%.
Apabila lipatan dibuka, HONOR Magic Vs menghasilkan pengalaman seperti tablet dengan paparan dalaman lebar tambahan 7.9 inci untuk pengguna melakukan pelbagai tugasan dan melihat kandungan dengan mudah.
Dilengkapi ciri-ciri keselesaan mata profesional, HONOR Magic Vs menampilkan
Pemalapan Dinamik, Paparan Malam Sirkadia dan Pemalapan PWM 1920Hz, iaitu
frekuensi tertinggi pernah dicapai dalam pasaran telefon boleh lipat hari ini, bagi
mengurangkan kesan keletihan dan ketegangan mata secara berkesan.
Konfigurasi Terunggul untuk Pengalaman Pengguna Berkuasa
HONOR Magic Vs dilengkapi dengan sistem tiga kamera di bahagian belakang yang
terdiri daripada Kamera Utama IMX800 54MP, Kamera Utama Ultra Lebar dan Makro 50MP, serta Kamera Zum Optikal 3X 8MP untuk pengalaman fotografi luar biasa dalam apa jua senario.
Dikuasakan oleh Qualcomm® Snapdragon® 8+Gen 1 Mobile Platform, HONOR Magic Vs menghasilkan prestasi yang dipertingkatkan dengan kecekapan kuasa lebih tinggi untuk pengalaman pengguna lebih laju dan lebih lancar.
Dengan enjin Turbo X, HONOR berusaha untuk memberikan pengguna jangka hayat bateri yang lebih lama dan pengalaman lebih lancar.
HONOR Magic Vs dikendalikan oleh HONOR MagicOS terkini berdasarkan Android 13. Ditambah dengan HONOR Connect untuk gabungan pelbagai peranti dan Magic Text untuk pengecaman teks secara pintar.
Flagship boleh lipat ini menampilkan Smart Multi-Window dan APP Extender untuk menyokong pelbagai tugasan dalam aplikasi berbeza dan dalam aplikasi sama, sekaligus menjimatkan masa pengguna dan menyiapkan lebih banyak tugasan.
Warna, Harga dan Ketersediaan Direka untuk individu berjiwa bebas, HONOR Magic5 Pro ditawarkan dalam pilihan warna Black dan Meadow Green, sementara HONOR Magic5 didapati dalam warna Black dan Blue.
Semua warna ini diinspirasi daripada keajaiban alam semula jadi. Siri HONOR Magic5 boleh didapati bermula suku kedua 2023. HONOR Magic 5 bermula pada harga €899 untuk 8GB+256GB, manakala HONOR Magic5 Pro bermula pada harga €1199 bagi versi 12GB+512GB.
HONOR Magic VS pula boleh didapati dalam warna mempesona Cyan dan Black 26 .
HONOR Magic Vs dijual pada harga bermula €1599. Pengumuman mengenai
ketersediaan peranti ini akan dibuat pada masa terdekat.
Untuk maklumat lanjut, sila layari stor HONOR dalam talian di www.hihonor.com.