Astro berasa teruja menjadi penyiar rasmi Liga Malaysia, dalam mengukuhkan kedudukannya sebagai ‘Home of Sports’ Menyedari kepentingan sukan dalam pembangunan sukan negara, Astro komited untuk meningkatkan tahap liputan liga bola sepak tempatan daripada perlawanan secara langsung, latihan di belakang tabir, kemas kini mengenai pemain dan jurulatih, berita bola sepak terkini dan taklimat media sebelum dan selepas perlawanan yang berguna kepada peminat sukan di seluruh Malaysia.

Mulai 24 Februari 2023, peminat bola sepak kini boleh menonton pertandingan Liga Bola Sepak Malaysia di bawah anjuran Liga Malaysia yang terdiri daripada Perlawanan Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah), Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia secara langsung dalam HD di saluran Astro yang akan dilancarkan tidak lama lagi iaitu Arena Bola (saluran 803 dan 804) dan strim di Astro GO.

Para peminat bola sepak juga boleh menonton sorotan-sorotan dan menonton semula perlawanan di On Demand. Para pelanggan Astro yang sudah mempunyai langganan Sports dapat menikmati akses segera kepada perlawanan-perlawanan ini dan banyak lagi.

Para pelanggan Astro yang tidak mempunyai langganan Sports yang berminat untuk menonton perlawanan Liga Malaysia boleh mendaftar di https://promotions.astro.com.my/details/ligakita dan menikmati harga pengenalan
RM4.99/sebulan*.

Untuk pelanggan baharu Astro yang mahukan akses kepada Liga Malaysia dan sukan terbaik, mereka boleh mendaftar untuk pakej Pek Sports dari RM89.99/sebulan*, tawaran istimewa selama 24 bulan (harga biasa RM99.99/sebulan)