HONOR Malaysia sejak kebelakangan ini agak aktif memperkenalkan model telefon pintar baharunya.
Melangkah tahun 2023, peranti pertama yang diperkenalkan ialah Honor X8a yang ditawarkan pada harga yang agak berbaloi dimiliki iaitu dibawah RM1,000 dan paling tidak masuk akal ialah sistem kamera Ultra 100 megapiksel (MP) yang pada kebiasaannya dilengkapi pada peranti berharga premium.
Prebiu.com terpilih untuk menjadi portal terawal yang diberi penghormatan membuka kotak peranti ini sebelum dilancarkan secara rasmi di negara ini.
Apa yang menarik dengan peranti ini? Jom kita teroka reviu pandang pertama secara ringkas Honor X8a yang hadir dengan warna cukup menarik dan mengoda, Cyan Lake.
Pertamanya, peranti ini dilengkapi dengan cip Mediatek Helio G88 (12nm), kamera utama 100MP dan bateri sebesar 4500mAh.
Peranti ini menggunakan skrin sebesar 6.7-inci LCD dengan kadar segar semula standard 90Hz. Ia turut dipadankan dengan memori 8GB dan storan dalaman 128GB serta menyokong sistem pengecasan pantas berwayar 22.5W.
Spesifikasi kamera utamanya 100MP (f/1.9) + 5MP (f/2.2-lebar dan kedalaman) dan 2MP kamera makro (f/2.4) manakala kamera swafoto pula sebesar 16MP (f/2.45) dengan ciri beauty dan bokeh.
Ciri swafoto bokeh akan meningkatkan pencahayaan pada imej dan secara automatik menjadikan latar belakang kabur.
Peranti seberat 179 gram dan setebal 7.48mm memiliki rekaan luaran yang menarik apatah lagi skrin jenis rata manakala lensa tri-kamera belakangnya dibaluti kerangka yang lengkap dengan lampu flash.
Sekali pandang rekaan kamera peranti ini yang nampak menonjol itu seakan sebuah peranti premium jenama utama yang berharga lebih RM5,000.
Storan
HONOR X8a yang ditawarkan pada harga RM999 dan menyokong penstoran dalaman 128GB, cukup untuk menampung simpanan gambar dalam jumlah piksel yang besar iaitu lebih 27,000 gambar, 11,000 lagu atau 446 video berdefinisi tinggi (HD).
Dilengkapi dengan teknologi AI (kecerdasan buatan) berperingkat industri yang mengoptimumkan imej, HONOR X8a membolehkan pengguna mengambil gambar yang jelas dengan lebih mudah.
HONOR X8a tersedia dalam tiga warna iaitu Cyan Lake yang baru diperkenalkan, Titanium Silver mempesonakan dan Midnight Black klasik.
Apa yang ada dalam kotak peranti ini? Anda akan dibekalkan dengan sebuah pengecas pantas 22.5W yang lengkap jenis C dan adapter yang boleh disambungkan dengan aksesori audio seperti fon telinga atau fon kepala serta ‘cover’ silikon.
Mulai 11 Februari ini, HONOR X8a sudah tersedia di Kedai HONOR, kedai dalam talian HONOR, Kedai Rasmi Shopee HONOR, Kedai Flagship Lazada HONOR dan pengedar sah.
Setiap pembelian HONOR X8a akan mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM258 termasuk Pengecas Kereta HONOR SuperCharge dan jaminan lanjutan 1 tahun.
Untuk maklumat lanjut, sila layari kedai dalam talian HONOR di www.hihonor.com.
* Nantikan ulasan lebih mendalam Honor X8a