BMW Motorrad Malaysia hari ini telah mengumumkan ketibaan jentera BMW K 1600 B baharu, sekali gus meluaskan lagi portfolio motosikal berkuasa tingginya di peringkat tempatan bagi segmen jelajah.
Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Untuk mengalu-alukan
tahun yang baharu, kami berbesar hati untuk membawakan sebuah jentera yang menawan, menyelesakan lagi berkuasa tinggi sebagai pendamping bagi para pengembara di Malaysia.
Dengan BMW K 1600 B baharu, para pelanggan kami dapat mengalami sendiri sebuah jentera mewah berprestasi tinggi yang sebenar, yang tidak mengkompromikan mana-mana
ciri kemudahan yang sinonim dengan model-model jelajah kami.
Jentera ‘Bagger’ baharu ini benar-benar merangkap ‘The Spirit of the Open Road’, kerana ia menjadikan setiap jalan raya, penjelajahan, dan detik – tersemat dalam ingatan anda.”

Generasi jentera ini yang terbaharu hadir bersama gaya yang tersendiri, disinambungkan dengan pengoperasian dan anjakan kuasa yang serba lancar, disumbang oleh enjinnya
yang luar biasa.
Menggandingkan prestasi cemerlang enjin sebaris enam silinder dengan kelengkapan dan kemudahan yang canggih, BMW K 1600 B baharu menjadikan sesi tunggangan jarak jauh anda lebih menyelesakan dan mengagumkan.
Terokai dunia baharu bersama BMW K 1600 B
BMW K 1600 B baharu mempersembahkan bahasa reka bentuknya yang tersendiri, dirumus untuk menyusur dari destinasi ke destinasi.
Didatangkan dalam warna Black Storm Metallic dan Manhattan Metallic Matte (Style Exclusive), jentera ini menggayakan cermin hadapan yang lebih singkat serta seksyen belakang yang lebih menonjol bersama indikator LED dan lampu brek pada peti sisinya.

Enjin sebaris enam silinder berwarna hitam dengan Perisai Perlindungan Enjin turut menyempurnakan imej jentera ini yang gah.
Enjin sebaris enam silinder empat lejang yang disejukkan dengan minyak/air menjadi
jantung jentera ini, ia hadir bersama dua aci sesondol overhed yang terletak di atas aci
pacuan, menggalang kapasiti 1,649 cc, yang mampu menjana 118 kw (160 kk) pada paras
6,750 rpm.
Nilai tork maksimum mencecah 180 Nm pada paras 5,250 rpm mampu menjana kuasa tujahan yang mengagumkan, membolehkan motosikal ini mencapai kelajuan maksimum berkadar 200km/j (180km/j jika bersertakan Panel Pemijak).
Penunggang juga dapat memanfaatkan Bantuan Mengundur yang didatangkan sebagai standard.
Harga jualan (atas jalan, dengan Waranti 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan 3
Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia, tanpa insurans) BMW K 1600 B baharu ialah:
BMW K 1600 B Baharu RM173,500.00





































