Ketika peranti ini diperkenalkan buat pertama kali pada April 2022, ia hanya ditawarkan dalam versi 4G menerusi model Honor X9 4G.

Namun tak sampai setahun, Honor tidak menunggu lama untuk memperkenalkan versi 5G pula dan ini dapat dilihat menerusi peranti terbaharu Honor X9a 5G yang tampil dengan skrin melengkung OLED.

Prebiu.com yang menjadi antara portal pertama dipelawa menguji peranti buatan Honor diberikan kesempatan menguji peranti terbaharu ini yang tampil dengan beberapa ciri istimewa seakan sebuah peranti premium.

Perkara pertama yang menarik perhatian apabila melihat peranti ini ialah rekaan skrin melengkung OLED Ultra Kukuh yang menggunakan kaca Super Reinforced setebal 0.65mm agar lebih kukuh dan berdaya tahan apabila terjatuh berbanding kaca 0.5mm yang biasa digunakan di pasaran.

Menurut info yang diberikan, ketahanan peranti ini terbukti menerusi beberapa eksperimen di ujian makmal HONOR yang antaranya adalah berulang kali menjatuhkan HONOR X9a ke atas lantai batu mamar dan konkrit dari ketinggian satu meter.

Peranti ini turut dijatuhkan bergolek dari pelbagai sudut, yang mana ujian mikro jatuh tersebut dilakukan lebih puluhan ribu kali.

Pada majlis pelancarannya malam tadi, satu tayangan video turut menunjukkan peranti ini menjalani pelbagai ujian seperti hentakan pada buah epal, tembikai, memecahkan kacang, digilis dengan tayar kereta dan dijatuhkan beberapa kali.

Malah dalam satu video, pasangan beregu badminton negara yang juga juara dunia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik turut menguji ketahanan skrin peranti ini menerusi pukulan ‘smash’ tepat pada peranti yang diikat pada sekeping papan.

Bagaimanapun, penulis sendiri turut menguji ketahanan peranti ini apabila secara tidak sengaja terjatuhkan peranti ini dari tepi meja ke atas simen namun tiada sebarang kecacatan dikesan akibat jatuhan itu.

Selain itu, sebanyak 33 lagi ujian ketahanan dilakukan bagi membuktikan Skrin Melengkung OLED Ultra Kukuh HONOR X9a 5G berkualiti tinggi, sekaligus menepis kebimbangan pengguna terhadap skrin melengkung berpotensi mudah pecah.

Justeru, kehebatan peranti ini sudah diperakui kukuh dan tidak hairanlah ia bakal menjadi peranti popular pilihan ramai yang ditawarkan pada harga mampu milik malah sesuai dimiliki mereka yang sering melakukan aktiviti lasak atau memerlukan sebuah peranti yang tahan lasak.

Skrin Melengkung OLED berkualiti premium boleh dibanding dengan telefon pintar jenis Flagship yang sedia ada di pasaran sekarang.

Saiz Skrin

Peranti ini dibekalkan dengan skrin bersaiz 6.67 inci bersama resolusi 2400 x 1080 piksel serta 1.07 bilion warna.

Rekaan peranti ini dalam ukuran sebenar ialah 161.6mm (tinggi) x 73.9mm (lebar) dan meskipun ada sesetengah pengguna tidak begitu mengemari skrin melengkung yang mungkin tersentuh secara tidak sengaja, Honor secara bijak telah mengaplikasikan kecerdasan buatan (AI) anti-sentuh bagi tujuan itu.

Apabila pengguna memegang peranti itu, ia tidak akan bertindak balas kepada sentuhan yang tidak dikehendaki khususnya pada bahagian skrin melengkung. Selain itu, saiz skrinnya besar dan jelas sekali gus mampu memberikan sudut penglihatan yang jelas.

Kadar segar semula 120Hz yang selesa memberikan kepuasan untuk melakukan apa sahaja sama ada untuk bekerja atau menonton video kegemaran kerana imej yang dipaparkan benar-benar cantik.

Selain, badan peranti yang ringan, nipis berserta jangka hayat bateri panjang. HONOR X9a dimuatkan kapasiti bateri besar 5100mAh dengan ketebalan badan 7.9mm dan berat hanya 175g.

Dengan penjimat kuasa pintar, pengguna boleh mengecas HONOR X9a 5G sekali setiap dua hari. Berdasarkan data ujian, apabila dicas penuh, HONOR X9a 5G boleh memutarkan YouTube Music sehingga 29 jam, menyaksikan video di YouTube selama 24 jam, menonton TikTok untuk 19 jam, melayari media sosial selama 21 jam, atau gaming selama 11 jam.

Sebagai tambahan, HONOR X9a 5G turut menyokong pengecasan pantas HONOR SuperCharge 40W dan dengan pengecasan hanya 30 minit sahaja sudah mencukupi untuk menonton video YouTube selama 12.5 jam tanpa henti.

Bateri jangka hayat panjang yang digunakan oleh HONOR X9a 5G dapat mengekalkan 80% daripada kapasiti maksimum selepas 1,000 kitaran pelepasan cas, melebihi paras am industri yang hanya 500 hingga 800 kitaran.

Ini bermakna, selepas penggunaan tiga tahun, bateri HONOR X9a 5G masih bertahan lama. Jangka hayat bateri HONOR X9a 5G yang mampu bertahan sehingga dua hari dengan sekali pengecasan memberi pengalaman mudah alih menyenangkan kepada pengguna.

Bagi anda yang gemar bermain video, fungsi peranti ini tidak mengecewakan kerana reka bentuk skrin yang kemas dengan nisbah skrin ke badan 93 peratus, menjanjikan pengalaman penggunaan yang menyeronokkan tanpa gangguan.

Ciri Baharu

Honor X9a 5G juga menggunakan pengimbas cap jari pada skrin dan pada pandangan penulis, ciri itu memudahkan pengguna kerana proses menyahkunci akan lebih pantas dengan hanya perlu meletakkan jari dan peranti pintar akan di nyahkunci dengan serta-merta.

Selain pengimbas cap jari, ciri keselamatan lain ialah pengecaman muka, enam digit pin ataupun lakaran kunci pada skrin.

Selain ciri itu, pada peranti kali ini tidak disertakan dengan fungsi bicu audio 3.5mm tetapi disediakan adapter yang boleh disambungkan dengan aksesori audio seperti fon telinga atau fon kepala.

Berita baik, fon telinga dan pengecas lengkap dibekalkan dengan setiap pembelian peranti terbaharu ini.

Lain-lain spesifikasi termasuklah Bluetooth 5.1, port sambungan USB-C, operasi sistem antara muka MagicUI 6.1 berasaskan Android 12.

Walaupun, ramai yang beralih kepada fon telinga nirwayar, tetapi aksesori fon telinga berwayar masih tetap ada peminatnya yang tersendiri. Ini mungkin disebabkan harganya yang lebih mampu milik dan banyak pilihan rekabentuk.

Cip Berkuasa

HONOR X9a 5G dikuasakan oleh pemproses Qualcomm® Snapdragon® 695 5G (6nm) dengan Honor RAM Turbo menawarkan storan (8GB + 5GB RAM Extension) + 256GB ROM dan pilihan warna Titanium Silver, Silver, Emerald Green dan Midnight Black pada harga mampu milik RM1,499 seunit.

Peranti ini juga mempunyai RAM sebesar 13GB dan storan dalaman 256GB yang mencukupi mengikut keperluan khusus.

Ini bagi memastikan segala penggunaan pada peranti mampu berjalan dengan lancar sepanjang masa sekali gus urusan harian anda tidak terganggu apabila peranti beroperasi dengan cekap.

Dengan storan dalaman sebesar 256GB, anda boleh menyimpan dokumen, gambar, video dalam jumlah yang besar tanpa perlu bimbang untuk membuangnya apabila storan tidak mencukupi.

Satu lagi ciri menarik pada peranti ini dilengkapi sistem operasi Magic UI 6.1 berasaskan Android 12 yang khusus untuk peranti mampu milik Honor ini. Ia membolehkan anda menyesuaikan peranti dengan cara yang disukai seperti semak maklumat daripada pelbagai aplikasi dengan pantas, mod tema gelap untuk penggunaan lebih selesa dan banyak lagi.

HONOR X9a 5G hadir dengan HONOR SuperCharge 40W dan dilengkapi dengan bateri tahan lama 5100mAh pasti tidak mengecewakan apabila ia menjanjikan penggunaan harian lebih lama tanpa masalah.

Apa yang menjadikan ia lebih menyeronokkan adalah anda boleh menggunakannya sepanjang hari untuk pelbagai jenis aktiviti seperti melayari web, memainkan permainan mudah-alih, menangkap gambar dan banyak lagi.

Ciri Kuad-Kamera

Menampilkan rekaan kamera seakan gelung bulat yang lebih nipis kali ini berbanding gelung besar sebelum ini menawarkan kualiti kamera yang hebat dengan Kamera Quad 64MP (Megapiksel) dan Kamera Sudut Lebar 5MP, Kamera Makro 2MP dan LED Flash.

HONOR X9a ini mampu menghasilkan imej yang mengagumkan dengan kualiti hebat, selain menyokong rakaman video 1080p untuk resolusi 2400 × 1080.

Peranti ini dilengkapi sensor utama 64-Megapiksel (MP) yang mampu memberikan hasil gambar dengan kejelasan yang baik dan juga butiran cukup memuaskan. Sensor makro 2MP pula dapat memberikan gambar yang mengujakan untuk merakam gambar pada jarak dekat.

Bagi mereka yang gemar berswafoto atau membuat panggilan video pula, sensor hadapan 16 MP ini sememangnya tidak mengecewakan. Ini kerana ia menawarkan kualiti gambar swafoto yang sedap mata memandang juga mempu menghasilkan tona warna kulit yang semula jadi.

Kualiti gambar yang dihasilkan apabila zoom 8 kali digunakan adalah begitu baik dan tidak timbul masalah jika mahu merakam gambar dalam keadaan biasa bersama rakan-rakan kerana gambar yang dihasilkan sudah cukup memadai.

Sebagaimana zoom 8 kali ganda bagi merakam gambar, ciri itu turut disertakan apabila mod video diaktifkan, peranti ini mampu menghasilkan rakaman video yang berkualiti tinggi.

Ciri tambahan lain yang ditawarkan untuk merakam gambar atau video ialah ciri Super Macro, Panorama, Potrait, Pro, Story, Night dan Time-lapse selain Dual-View, Story dan High-Res.

Ciri terbaharu yang mungkin menjadi kegemaran pempengaruh (instafamous) ialah Multi-Video dimana pengguna peranti ini boleh membuat rakaman video sambil mengulas sesuatu produk atau kerja yang sedang dilakukan pada masa yang sama.

Apa yang menarik pada mod Multi-Video ini ialah anda boleh merakam video mengikut pilihan tetapan klip video atau ‘story’ yang sedia ada mengikut mood atau suasana yang mahu dipilih seperti Best Friend, Cute, Little One, Active, Outing dan macam-macam lagi.

Mungkin ini adalah peranti yang mampu milik dengan ciri yang disediakan cukup berbaloi dimiliki sekali gus menjadikan anda seorang yang benar-benar kreatif apabila bermain dengan peranti ini.

Kesimpulan

Meskipun berstatus ‘mampu milik’ ciri yang ada pada peranti ini hampir sama dengan ciri pada peranti kelas pertengahan dimana Honor X9a 5G ini turut dilengkapi ciri keselamatan terkini termasuk ciri biometrik pengecaman wajah dan imbasan cap jari.

Memegang peranti ini seberat 175 gram juga amat ringan dan selesa kerana Honor berjaya menghasilkan rekaan bateri yang lebih nipis serta tahan lama.

Manakala rekabentuk badan belakangnya agak kasar yang juga membantu menghalang habuk terkumpul atau meninggalkan kesan cap jari.

HONOR X9a 5G hadir dengan HONOR SuperCharge 40W dan dilengkapi dengan bateri tahan lama 5100mAh pasti tidak mengecewakan apabila ia menjanjikan penggunaan harian lebih lama tanpa masalah khususnya sesuai digunakan oleh mereka yang terbabit dalam perkhidmatan e-hailing atau penghantaran barangan atau makanan.

Dengan sekali caj penuh, peranti ini boleh digunakan sehingga dua hari untuk kegunaan biasa manakala dengan tahap bateri 43 peratus, peranti ini boleh menyokong pengunaan selama satu hari.

Apa yang menarik pada bateri kali ini memiliki ketahanan kapasiti sehingga 80 peratus selepas 1,000 kali pengecasan berbanding ciri standard industri iaitu kitaran antara 500 hingga 800 kali pengecasan.

Ini bermakna pengguna peranti ini boleh menikmati tahap ketahanan bateri itu selepas 3 tahun digunakan dan hanya 30 minit pengecasan, peranti ini boleh digunakan untuk menonton video selama 12.5 jam.

Selain itu, peranti ini juga sesuai digunakan oleh pelajar sekolah mahupun universiti yang sedang tercari-cari peranti mampu milik yang praktikal dan mudah dikendalikan.