Sejak dilancarkan tahun lepas, Maxis Awards telah menerima banyak idea berevolusi daripada pencetus perubahan di Malaysia.
Untuk pusingan ketiga Anugerah ini, Yayasan Food Aid (FAF) telah memenangi hati dan buah fikiran panel juri Maxis atas inisiatif mereka untuk mengurangkan pembaziran sambil membasmi kelaparan serta malnutrisi, yang digelar Digitizing Food Aid for the Needy.
Dalam majlis ‘SEBA 2022 Central Grand Awards Presentation Gala’ yang diadakan di Kuala
Lumpur, FAF menerima anugerah itu daripada YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital yang diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Goh Seow Eng.
“Dengan setiap siri Maxis Awards, kami telah melihat banyak idea berasaskan teknologi yang menarik dan boleh memberi impak positif kepada masyarakat Malaysia. Kami amat kagum dengan pendekatan sistematik FAF untuk mengurangkan makanan terbuang, sekaligus mengurangkan kesannya.
“Kami teruja untuk menyokong FAF dengan projek mereka melalui penyelesaian kami, dan berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif murni ini,” kata Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Pemasaran, Maxis.
Pusingan ketiga Maxis Awards telah dianjurkan dengan kerjasama SME and Entrepreneurs
Business Awards (SEBA) oleh Yayasan Usahawan Malaysia.
“SEBA sentiasa mencari PKS dan usahawan yang layak dan boleh menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi Malaysia. Kerjasama dengan Maxis ini terus mendukung misi kami
dalam mencari idea-idea perniagaan yang terbaik. Kami mengucapkan tahniah kepada FAF
atas cadangan cemerlang mereka dan menantikan lebih banyak berita tentang kejayaan
mereka,” kata Nitesh Malani, Pengasas SEBA dan Pengerusi Yayasan Usahawan Malaysia.
Idea kemenangan FAF ialah inisiatif food rescue, di mana mereka mengumpulkan makanan
yang disumbangkan oleh pengeluar, pengedar, pemborong dan syarikat untuk diedarkan ke
rumah kebajikan, pertubuhan sukarelawan, komuniti pelarian dan orang asli, pusat pembekalan serta keluarga B40.
Dengan memanfaatkan teknologi dan penyelesaian berpandangan jauh, FAF bertujuan untuk meningkatkan usaha mereka berkhidmat kepada golongan yang kurang bernasib baik.