Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan pelancaran penambahan terkini kepada barisan jam tangan luar PRO TREK. PRW-61MA baharu ialah satu model kolaborasi yang direka bentuk dengan jenama luar Swiss, MAMMUT.

Keluaran terkini ini, PRW-61MA, menggabungkan antara PRO TREK dan MAMMUT untuk reka bentuk yang sempurna untuk gaya hidup urban luar.

Jam tangan ini didatangkan dengan tali jam kain dan tali jam uretana lembut yang boleh ditukar ganti yang sesuai dengan pelbagai majlis dan gaya pakaian yang berbeza. Tali jam kain utama menampilkan cetakan ulang penuh MAMMUT Alpine monokromatik pemandangan menakjubkan gunung-ganang bersalji yang melaluinya reka bentuk jenama luar ini menjadi terkenal.

PRW-61MA and interchangeable band

Tanda pada tali jam disulam dengan logo mamot MAMMUT. Tali jam uretana lembut ialah reka bentuk ringkas berwarna hitam dengan logo mamut pada bahagian gelung tali jam untuk pemakaian harian.

Jam tangan ini juga menggabungkan warna jingga MAMMUT yang terkenal pada logo nama jenama muka jam tangan, jarum jam dan minit, butang dan aksen reka bentuk yang lain.

Satu lagi aspek penting daripada kolaborasi ini ialah komitmen kedua-dua jenama ini terhadap pemuliharaan alam sekitar. MAMMUT memfokuskan untuk menghapuskan bahan-bahan berbahaya daripada proses pembuatannya ketika ia membangunkan produk mampan manakala PRO TREK ialah rangkaian Casio pertama yang menggabungkan bahagian jam tangan yang diperbuat dengan plastik biojisim mesra alam, yang diperkenalkan pada Mac 2022.

Mencerminkan minat untuk memulihara alam semula jadi yang dikongsi bersama kedua-dua jenama luar ini, PRW-61MA menggunakan bahan-bahan mampan. Tali jam kain diperbuat daripada bahan PET dikitar semula daripada botol plastik dan plastik-plastik lain manakala tali jam uretana lembut diperbuat daripada plastik biojisim menggunakan bahan-bahan mentah daripada biji jarak dan jagung.

Bekas jam dan bahagian belakang bekas jam juga diperbuat daripada plastik biojisim. Selain daripada itu, jam tangan ini dilengkapi dengan sistem pengecasan Tough Solar yang menukarkan cahaya dengan berkesan daripada matahari, lampu pendarfluor dan sumber-sumber lain untuk memberi kuasa kepada jam tangan, lalu menghapuskan keperluan untuk kerap menggantikan bateri, seterusnya mengurangkan lagi impak ke atas alam sekitar.