HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan tawaran tiga warna baharu dengan corak terkini untuk supermoped Yamaha Y16ZR, iaitu Glacier White (putih-ungu), Phantom Neon (kelabu-kuning) dan Flaming Silver (perak-jingga).

Model kapcai popular itu boleh didapati di rangkaian pengedar bermula esok pada harga runcit disyorkan RM11,118 seunit, tidak termasuk caj pendaftaran dan insurans.

Motosikal itu sebelum ini dijual pada harga RM10,888, sekali gus menyaksikan kenaikan hanya RM230.

HLYM dalam kenyataannya berkata, bagi setiap pembelian baharu akan menerima hadiah berupa alat kunci keselamatan Yamaha bernilai RM100.

Yamaha Y16ZR dipacu trenkuasa silinder tunggal 155cc SOHC VVA penyejukan cecair berkuasa 17.7hp @ 9,500rpm dan tork 14.4Nm @ 8,000 rpm.